PEMBANGUNAN KOMPETENSI

PEMBANGUNAN KOMPETENSI
Pengenalan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 berkenaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menetapkan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Peningkatan profesionalisme PPP memerlukan usaha yang terancang, sistematik dan dilaksanakan secara berterusan. Bagi tujuan tersebut, setiap
PPP perlu jelas tentang peranan, tugas dan tanggungjawab mereka serta mencapai standard kompetensi dan prestasi yang diharapkan. KPM membangunkan laluan kerjaya baharu melalui pembinaan deskripsi tugas, kompetensi, standard prestasi dan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP), serta kenaikan gred dan pertukaran laluan untuk digunakan sebagai kerangka rujukan dalam menentukan PPB seperti Rajah 3.1.
Laluan PdP | Deskripsi tugas | Kompetensi |
menerangkan peranan dan | dibangunkan berteraskan | |
tugas PPP mengikut gred | kepada pengetahuan, | |
kemahiran dan nilai | ||
yang disandang | ||
profesional keguruan | ||
Laluan Kepimpinan | ||
Laluan Kepakaran | Standard Prestasi |
Dokumen piawai | |
Pendidikan | keberhasilan yang |
perlu dicapai oleh | |
PPP mengikut | |
deskripsi tugas | |
PPB mengandungi aktiviti latihan, | Pembangunan |
pembelajaran kendiri dan sesi | |
pembelajaran untuk meningkatkan | Profesionalisme |
prestasi dan kompetensi dengan | Berterusan (PPB) |
merujuk kepada PIPPK | |
Kenaikan gred dan | Penilaian Bersepadu |
pertukaran laluan | Satu kaedah penilaian |
tertakluk pada syarat | yang menilai |
dan kriteria yang | kompetensi dan |
ditetapkan | prestasi |



Rajah 3.1: Domain Utama Pembangunan Profesionalisme
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 2 3
Deskripsi tugas ialah penyataan bertulis yang menerangkan tugas dan tanggungjawab berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang oleh PPP mengikut gred. Deskripsi tugas menjadi rujukan PPP untuk mengurus tugas dan perjawatan dalam sesebuah organisasi. Deskripsi Tugas PPP dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan

dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan peranan, tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas seperti dalam Rajah 3.2.
Penjelasan kepada peranan dan tanggungjawab mengikut gred PPP berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan seperti Jadual 3.1.
Rajah 3.2: Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred
2 4 Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
Berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007)

Peranan | Gred | Tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan |
Pelaksana | DG41 | Memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan |
penyeliaan dan bimbingan | ||
Penggerak | DG44 | Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan |
dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah | ||
Pembimbing | DG48 | Berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta |
dan mentor | berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang | |
mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan | ||
Peneraju | DG52 | Menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan |
Perubahan | merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam | |
bidang-bidang tertentu | ||
Pemikir | DG54 | Memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan |
Strategik | secara cekap dan berkesan | |
Pemikir Holistik | Gred Khas | Memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi pakar rujuk |
dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan | ||
latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi |
Komponen deskripsi tugas seperti Jadual 3.2 merangkumi bidang keberhasilan utama, gred/ tahap dan deskriptor. Tugas dan peranan
yang perlu dilaksanakan mengikut gred/tahap berdasarkan bidang keberhasilan utama. Deskriptor menerangkan tugas secara terperinci.
Jadual 3.2: Kerangka Deskripsi Tugas
GRED/Tahap | |||||||
BIDANG | |||||||
GRED | |||||||
KEBERHASILAN | GRED 41 | GRED 44 | GRED 48 | GRED 52 | GRED 54 | ||
KHAS | |||||||
UTAMA | |||||||
DESKRIPTOR | |||||||
* Contoh: | |||||||
Pemudahcara | |||||||
Pembelajaran dan | |||||||
Pentaksiran | |||||||
Menyampaikan | |||||||
kandungan | |||||||
kurikulum ... | |||||||
* Contoh bidang keberhasilan utama untuk PPP dalam kumpulan PdP | |||||||
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 2 5
Ringkasan bidang keberhasilan utama dalam deskripsi tugas mengikut kategori PPP adalah seperti Lampiran 1.3.2 Kompetensi
Kompetensi merujuk keupayaan seseorang menguasai dan membudayakan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan. Prinsip asas kompetensi ialah peningkatan prestasi kerja seseorang PPP yang menguasai kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan efisien berdasarkan tugas dan tempat bertugas (job-based and workplace).
Standard kompetensi dibangunkan bagi memastikan prestasi kerja yang berkesan selari dengan fungsi dan tanggungjawab PPP. Standard kompetensi digunakan sebagai asas dalam membuat penilaian terhadap pencapaian keberhasilan.
3.3 Standard Prestasi
Standard prestasi merupakan dokumen piawai keberhasilan, kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai oleh PPP berdasarkan deskripsi tugas dan penanda aras yang ditetapkan. Piawaian ini menunjukkan tahap pencapaian prestasi PPP
apabila prestasi semasa dinilai berdasarkan ketetapan sasaran.
Standard ini dapat memandu penilai dalam membuat penilaian prestasi secara objektif, adil, dan telus. Selain itu, standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengenal pasti tahap pencapaian yang diharapkan dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah PPB. Pematuhan kepada standard prestasi diharap dapat menjamin kualiti kerja dan profesionalisme PPP.
Tiga standard prestasi telah dibangunkan untuk tiga Laluan Kerjaya PPP, iaitu:
i. Standard Prestasi PPP untuk laluan PdP bagi guru dan pensyarah;
ii. Standard Prestasi PPP untuk laluan Kepimpinan bagi pemimpin pendidikan di Bahagian, JPN, PPD, sekolah dan institusi pendidikan; dan
iii. Standard Prestasi PPP untuk laluan Kepakaran Pendidikan bagi Pakar Bidang Khusus Pendidikan.
Ringkasan Standard Prestasi untuk ketiga-tiga laluan kerjaya adalah seperti dalam Lampiran 2.
Komponen dalam setiap Standard Prestasi seperti dalam Jadual 3.3.
2 6 Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
3.4 Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan
PBPPP dibangunkan berasaskan Standard Prestasi yang ditakrifkan sebagai tahap piawaian prestasi individu berdasarkan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan ke arah pencapaian sasaran kerja yang berkualiti.
Matlamat PBPPP adalah untuk menilai PPP secara menyeluruh dengan menggabungjalinkan kompetensi, potensi dan keberhasilan untuk meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi.
Konsep asas PBPPP adalah untuk menilai kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP. Tiga komponen utama dalam penilaian kompetensi dan potensi ialah generik, fungsional dan keberhasilan. Semua PPP dinilai komponen generik berdasarkan dimensi, elemen dan aspek yang sama. Komponen fungsional dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan aspek mengikut bidang tugas masing-masing. Komponen keberhasilan dinilai berdasarkan peningkatan, pencapaian dan usaha berasaskan hasil tugas. Bagi setiap komponen ini, pelbagai dimensi diukur termasuklah dimensi profesionalisme, tugasan, penglibatan dan kemahiran. Penilaian prestasi PPP terbahagi kepada empat tahap seperti Rajah 3.3.
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 2 7


Comments
Post a Comment