PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN


BAB PEMBANGUNAN PROFESIONALISME 04 BERTERUSAN



Pengenalan

PPB merupakan satu proses untuk memperoleh pengalaman pembelajaran melalui penglibatan
PPP  secara formal dan tidak formal sepanjang kerjaya agar pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai profesional dapat ditingkatkan secara berterusan. Aktiviti PPB dalam konteks ini adalah sangat luas seperti Rajah 4.1.

“Pembangunan Profesionalisme Berterusan merupakan agenda utama KPM kerana guru berkualiti merupakan nadi kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan keberhasilan murid. Guru perlu secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan melengkapkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 bagi memastikan mereka kekal releven dan efektif dalam ekosistem pendidikan dinamik, mencabar dan sentiasa menuntut keberhasilan murid yang holistik serta menepati kualiti global.” (Khair, 2016)




































Rajah 4.1: Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan



Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016                                                                                                                                                  2 9


4.1     O b j e k t i f P e m b a n g u n a n Profesionalisme Berterusan

PPB bertujuan membangunkan kompetensi profesional PPP ke arah pemantapan atribut khusus yang dihasratkan iaitu beraspirasi, kompeten, cekap (proficient), strategis dan berwawasan. Secara khusus, PPB bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:

i.       meningkatkan kualiti PPP secara berterusan;

ii.      memastikan PPP memperoleh, menambah baik, menguasai kompetensi, dan berkongsi pengalaman; dan

iii.      menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri.

4.2     Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) seperti Rajah 4.2 menjadi asas pembangunan Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).

Model PPB menggariskan tiga standard seperti dalam SGM bagi memastikan PPP berperanan dalam bidang pendidikan. Tiga standard tersebut ialah amalan nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran yang merupakan asas utama dan perlu dikuasai oleh setiap PPP. Model PPB merupakan kerangka penting yang menentukan peranan dan tahap kompetensi PPP seperti dalam Rajah 4.3.

Kecekapan PPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ditentukan dengan melihat tiga standard tersebut. PPP yang memiliki standard

































Rajah 4.2: Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007)




3 0        Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016



























Rajah 4.3: Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan




ini, berupaya melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pelaksana, penggerak, pembimbing dan mentor, peneraju perubahan, pemikir strategik dan pemikir holistik. Semakin tinggi peranan dan tanggungjawab PPP, semakin tinggi tahap sifat khusus yang perlu dicapai atau diperoleh. Oleh itu, aktiviti PPB juga berbeza mengikut peranan, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

4.3     Pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan

M e l a l u i P P P M 2 0 1 3 - 2 0 2 5 , K P M t e l a h menitikberatkan amalan berbelanja secara berhemat dan pulangan nilai pada setiap ringgit yang dibelanjakan. Sehubungan itu, setiap aktiviti PPB perlu dirancang serta dilaksanakan secara berkesan selari dengan matlamat yang dtetapkan dan berdasarkan kepada garis panduan yang disediakan.


Pelaksanaan PPB terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:

i.       perancangan;

ii.      pelaksanaan;

iii.     perekodan; dan

iv.    pemberian sistem mata kredit PPB.

4.4.1 Perancangan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Bagi menyokong dasar tersebut, pelan latihan yang merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih sistematik dan komprehensif dirangka sebagai garis panduan untuk memastikan anggota perkhidmatan awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan.



Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
3 1


Pelan Operasi Latihan (POL) PPP merupakan satu usaha KPM untuk mewujudkan satu tindakan sistematik bagi menjayakan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam untuk memastikan PPP di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. POL dibina berdasarkan analisis keperluan latihan (Training Needs Analysis – TNA).

Analisis keperluan latihan (TNA) merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum PPP merancang aktiviti PPB. Analisis ini digunakan sebagai asas untuk menentukan kompetensi yang perlu dibangunkan. Analisis keperluan latihan dapat dilaksanakan melalui:

i.       refleksi diri (dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan, diri dan organisasi);

ii.      analisis kompetensi daripada instrumen yang dibangunkan oleh KPM seperti PBPPP;

iii.     maklum balas ketua jabatan, rakan sekerja dan komuniti setempat; dan

iv.    instrumen analisis keperluan latihan yang dibangunkan.

4.4.2 Pelaksanaan

Mekanisme pelaksanaan PPB adalah seperti berikut:

i.     m e l a k s a n a k a n l a t i h a n b e rd a s a r k a n perancangan dan kelulusan Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM;

ii.      memastikan PPP menghadiri latihan sekurang-kurangnya tujuh hari (enam jam sehari) dalam setahun;

iii.     mengenal pasti keperluan kursus PPP mengikut keutamaan dan keperluan;

iv.    merancang dan melaksanakan kursus dengan menggabung jalin amalan nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran;

v.      memastikan standard latihan keguruan yang ditetapkan oleh KPM dipatuhi;

vi.    menggunakan pendekatan strategik, kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan penyampaian latihan secara bersepadu;

vii.    memperakui latihan profesionalisme keguruan yang ditawarkan oleh penganjur kursus; dan

viii.  memperakui kehadiran PPP dalam latihan profesionalisme keguruan.

Terdapat tiga pendekatan dalam pelaksanaan PPB seperti Rajah 4.4.

i.       Bersemuka (Face-to-face)

Pendekatan bersemuka boleh dilaksanakan melalui kaedah kursus atau menghadiri latihan yang bersifat formal, tidak formal dan berstruktur. Pendekatan ini dilaksanakan secara berkelompok atau individu.

ii.      Dalam talian (Online)

Pendekatan dalam talian merupakan latihan/ pembelajaran yang mengambil kira komponen kebolehcapaian dan boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat. Ini membolehkan sesi pembelajaran berlaku secara fleksibel mengikut kadar kendiri peserta. Kursus boleh dilaksanakan dalam talian sepenuhnya seperti yang ditawarkan oleh E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) dan English Teaching Learning Network (ETLN).

iii.     Teradun (Blended)

Pendekatan ini dikenali sebagai Blended Learning yang merupakan kombinasi dua pendekatan latihan iaitu secara bersemuka dan




3 2        Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016















Rajah 4.4: Pendekatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan




dalam talian/luar talian. Penyampaian kursus boleh dilaksanakan dalam nisbah 20-50% secara konvesional (bersemuka) atau 50-80% secara dalam talian. Nisbah dalam bentuk julat yang sebegini menjadikan pendekatan ini lebih fleksibel untuk dilaksanakan.

4.4.3 Perekodan

Penyertaan dan kehadiran dalam aktiviti PPB direkodkan secara sistematik, bersepadu, dan berterusan. Rekod aktiviti PPB yang diperakui menjadi bukti pencapaian dan usaha pembangunan profesionalisme yang berterusan bagi PPP.

PPP    perlu memastikan rekod aktiviti PPB sentiasa dikemas kini mengikut kategori latihan. Dokumentasi ini akan menjadi pangkalan data berpusat bagi membangunkan profil pembangunan profesionalisme PPP.

Jenis-jenis perekodan aktiviti PPB adalah seperti berikut:

i.       Sistem Pengurusan Latihan KPM Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dilaksanakan


pada peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh

PPP   melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul Book Review (BR).

Individu merekodkan penglibatan dalam aktiviti PPB secara dalam talian atas inisiatif individu dan disahkan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan bertanggungjawab (melalui Setiausaha LDP) merekodkan semua aktiviti PPB anjuran jabatan atau pihak luar secara dalam talian. Penyedia latihan bertanggungjawab untuk merekodkan aktiviti PPB yang dianjur dan dilaksanakan.

ii.      Buku Perkhidmatan Kerajaan

Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) ialah satu dokumen rasmi perkhidmatan PPP daripada mula memasuki perkhidmatan (Lantikan Pertama) dan disimpan di organisasi PPP bertugas. PPP bertanggungjawab untuk memastikan rekod perkhidmatan dan aktiviti PPB yang dihadiri untuk peningkatan profesionalisme dicatat dalam BRP. PPP sewajarnya memastikan maklumat dikemas kini dengan betul dan disemak sekurang-kurangnya dua kali setahun sepanjang tempoh perkhidmatan.





Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016                                                                                                                                                  3 3


iii.     Fail Rasmi Peribadi

Fail Rasmi Peribadi ialah fail yang menyimpan dokumen yang terkandung dalam rekod BPK. PPP perlu menyimpan surat panggilan dan sijil aktiviti PPB yang diikuti dalam fail tersebut.

4.4.4 Pemberian Sistem Mata Kredit

PPB

Sistem Mata Kredit PPB dibangunkan bertujuan memperakui penyertaan PPP dalam setiap aktiviti PPB sebagai nilai tambah dalam perkhidmatan

PPP  untuk pembangunan kerjaya. Prinsip utama yang digunakan untuk memberi mata kredit bagi

sesuatu aktiviti PPB ialah sumbangan secara langsung kepada peningkatan kompetensi dan profesionalisme seorang PPP. Sebanyak 13 aktiviti akan diberikan mata kredit seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Pemberian mata kredit diberikan secara automatik melalui perekodan aktiviti PPB dalam SPLKPM.

4.4     Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Pelaksanaan aktiviti PPB dikelompokkan kepada tiga inisiatif iaitu Kementerian, organisasi dan kendiri seperti dalam Jadual 4.1.




Jadual 4.1: Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan



Inisiatif PPB

Perincian



Kementerian

Aktiviti  PPB  yang  dirancang  dan  dilaksanakan  oleh  KPM/JPN/PPD  bagi


keperluan dasar dan keperluan khusus bertujuan menyebarluaskan dasar-dasar


baharu. PPB Inisiatif KPM juga merujuk kepada pelaksanaan PPB oleh KPM/


JPN/PPD secara kolaboratif dengan organisasi lain.
Organisasi



Aktiviti  PPB  yang  dirancang  dan  dilaksanakan  oleh  organisasi  bagi


pembangunan sumber manusia dalam organisasi berkenaan. Ketua Jabatan


mempunyai autonomi dan akauntabiliti terhadap aktiviti PPB yang dilaksanakan.


Ketua Jabatan juga boleh menentukan keperluan kakitangannya untuk mengikuti


aktiviti PPB yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme anjuran pihak


lain.
Kendiri



Amalan bagi membudayakan pembelajaran terarah kendiri dan memberikan


autonomi pembangunan profesionalisme yang digerakkan melalui perancangan


kendiri, kawal selia kendiri (self-regulating), penilaian kendiri dan peningkatan


kendiri.

















3 4        Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016


Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)

Inisiatif KPM & Organisasi



GELOMBANG 3

GELOMBANG 2
2021-2025



2016-2020
60%
GELOMBANG 1


40%
2013-2015


25%

16%

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)

Inisiatif Kendiri


Rajah 4.5: Hasrat Amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan, PPPM 2013-2025



M e n j e l a n g G e l o m b a n g 3 p e l a k s a n a a n PPPM 2013-2025, pendekatan aktiviti PPB memberikan keutamaan kepada inisiatif kendiri berbanding dengan inisiatif PPB berasaskan organisasi atau KPM (Rajah 4.5). Transformasi amalan PPB memerlukan PPP merancang dan membangunkan keupayaan diri agar selari dengan Standard Kompetensi dan Standard Prestasi.

4.5        Standard Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan

KPM membangunkan Standard Program PPB untuk memastikan program PPB mencapai kualiti yang ditetapkan. Standard yang disediakan ini akan menjadi panduan kepada PPP, institusi latihan KPM dan agensi luar yang menyediakan latihan pembangunan profesionalisme dengan

mematuhi piawaian yang ditetapkan. Piawaian dalam Standard Program PPB menggariskan elemen yang diperlukan untuk program latihan PPB yang berkualiti termasuklah berstruktur dan berterusan, reka bentuk, kepelbagaian sumber, kolaboratif yang bersesuaian untuk pembelajaran dewasa (andragogi) dan penilaian PPB.

Rumusan

Program latihan yang berterusan dan terancang bermatlamat melahirkan personel yang profesional, berintegriti tinggi dan kompeten terhadap tugas serta tanggungjawab bersesuaian dengan pangkat dan jawatan yang disandang. Kejayaan pelaksanaan PPB tercapai dengan adanya kesediaan semua pihak menerima perubahan yang berfokus ke arah latihan yang berbentuk kendiri dan berasaskan sekolah.



Comments

Popular Posts