PETA LALUAN LATIHAN STEM


PETA LALUAN CPD STEM

Pengenalan

Kualiti sumber manusia merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan sesebuah o r g a n i s a s i . D a l a m b i d a n g p e n d i d i k a n , ciri profesionalisme keguruan perlu dibangunkan secara terancang bagi memastikan setiap dasar pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya memberikan impak yang besar kepada keberhasilan murid. Peta laluan latihan adalah penting disediakan sebagai sumber rujukan bagi PPP merancang pembangunan diri dan meningkatkan kompetensi.

2.1     Strategi Pembangunan STEM

KPM merancang pembangunan PPP dalam usaha memantapkan pembangunan kemahiran dan kepakaran. Secara khususnya, strategi ini bertujuan untuk:

i.       membangunkan tahap keilmuan dan kepakaran PPP melalui peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang PdP, kepimpinan dan pentadbiran, serta kepakaran bidang khusus pendidikan;

ii.      mendorong dan mengekalkan minat serta komitmen PPP dalam profesion keguruan dengan memberikan dorongan dan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk membangunkan tahap profesionalisme; dan

iii.    menyediakan ruang kepada PPP merancang kemajuan kendiri mengikut laluan kerjaya baharu.




CPD STEM menyediakan program pembangunan PPP melalui tiga strategi utama iaitu:

i.        Penerokaan bakat disasarkan kepada PPP yang berkhidmat kurang dari lima tahun dan berprestasi cemerlang. Kandungan utama program ini merangkumi dasar pendidikan, penyelidikan asas, kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pendekatan utama pelaksanaan program ini adalah berasaskan tempat kerja atau berasaskan sekolah.

ii.       Pengekalan bakat disasarkan kepada PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun. Program pembangunan profesionalisme disediakan untuk mengembangkan kepakaran bagi membolehkan PPP memilih laluan kerjaya yang bersesuaian.

iii.     Pengukuhan bakat untuk PPP yang telah dikenal pasti sebagai pelapis pemimpin KPM daripada kalangan pemimpin atasan KPM, JPN, PPD, sekolah dan institusi pendidikan.

2.2   Peta Laluan Latihan (Training Road Map)

Strategi pembangunan profesionalisme PPP telah dijadikan asas dalam pembinaan Peta Laluan Latihan. 

Pada setiap laluan kerjaya, PPP akan mengikuti PPB asas, keperluan dasar/khusus, pembangunan kompetensi, elektif dan pelengkap seperti dalam Rajah 2.1.

PPB Asas wajib kepada PPP gred DG41 yang baharu dilantik. Bagi PPP DG48 laluan PdP yang ingin bertukar kepada laluan kepimpinan, PPB Asas adalah wajib bagi mereka.







Jadual 2.1: Kategori Pembangunan Profesionalisme Berterusan



Rumusan

PPP perlu membuat analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman (Analisis SWOT) yang akan menjadi asas kepada tindakannya bagi memilih laluan kerjaya. Refleksi yang lebih kritikal diperlukan untuk menentukan pembangunan profesionalisme dan laluan kerjaya mengikut kecenderungan diri. Oleh itu, kebijaksanaan merancang amat penting bagi PPP menentukan pembangunan kerjaya berdasarkan potensi kendiri.




Mengekalkan kualiti PPP dalam sistem pendidikan adalah salah satu faktor terpenting dalam menentukan kejayaan pendidikan negara. Meskipun

PPP   telah melalui pengalaman pembelajaran di institusi pendidikan namun pengetahuan dan kemahiran mereka perlu sentiasa ditingkatkan sejajar dengan cabaran tugas dan sentiasa bersedia menerima sebarang bentuk perubahan. Peta Laluan Latihan dibangunkan agar pelaksanaan pembangunan profesionalisme dilakukan secara sistematik, berfokus dan mencapai matlamat yang diharapkan.

Comments

Popular Posts