PROFESIONALISME KEGURUAN


PROFESIONALISME KEGURUAN






Pengenalan

Matlamat pendidikan negara adalah untuk mencapai kedudukan satu pertiga teratas dalam kalangan negara yang mempunyai s i s t e m p e n d i d i k a n t e r b a i k d i d u n i a . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 digubal untuk merealisasikan matlamat ini. Berdasarkan PPPM 2013-2025, lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid (Rajah 1.1) merupakan indikator menentukan kejayaan sistem pendidikan dalam persaingan global. Faktor utama untuk memastikan matlamat PPPM 2013-2025 tercapai bergantung kepada kualiti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan amalan nilai profesionalisme keguruan yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) seperti Rajah 1.2.




Rajah 1.1 Lima Aspirasi Sistem Pendidikan & Enam Aspirasi Murid berdasarkan PPPM 2013-2025


"[Sains] adalah lebih daripada subjek sekolah, atau jadual berkala, atau sifat gelombang. Ini adalah pendekatan kepada dunia, cara yang kritis untuk memahami dan meneroka dan terlibat dengan dunia, dan kemudian mempunyai keupayaan untuk mengubah dunia itu ... "

- Presiden Barack Obama, 23 Mac 2015

STEM ( sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik ,  adalah disiplin akademik sains , teknologi , kejuruteraan dan matematik . Istilah ini biasanya digunakan apabila menangani dasar pendidikan dan pilihan kurikulum di sekolah, untuk meningkatkan daya saing dalam pembangunan sains dan teknologi. Sistem pendidikan dan sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan minat kanak-kanak perempuan dan lelaki dalam mata pelajaran STEM dan menyediakan peluang yang sama untuk mengakses dan mendapat manfaat daripada pendidikan STEM yang berkualiti. 



Rajah 1.2: Kerangka Konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan (SGM, 2007)




1.1     Profesionalisme Keguruan dan STEM

Dunia telah berkembang pesat, sebahagian besarnya, melalui genius dan kerja keras saintis, jurutera, dan inovatornya. Di dunia yang menjadi semakin rumit, di mana kejayaan didorong bukan hanya dengan apa yang anda ketahui, tetapi dengan apa yang anda boleh lakukan dengan apa yang anda ketahui, itu lebih penting daripada sebelumnya untuk remaja kita dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang sukar , mengumpulkan dan menilai bukti, dan memahami maklumat. 

Ini adalah jenis kemahiran yang pelajar belajar dengan mengkaji sains, teknologi, kejuruteraan, dan mata pelajaran matematik secara kolektif yang dikenali sebagai STEM.

Profesionalisme keguruan dikaitkan dengan ciri profesional seperti kelayakan menjadi PPP, etika profesional dan diiktiraf oleh badan profesional. Oleh itu, dalam memastikan kejayaan perancangan dasar pendidikan, profesionalisme PPP pada setiap peringkat perlu sentiasa ditingkatkan. KPM melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan profesionalisme keguruan seperti memperkemas laluan kerjaya PPP, membangunkan konsep Guru Malaysia dan Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP), serta menggalakkan PPB.


Kerangka Konsep Profesionalisme Keguruan (Rajah 1.3) yang diadaptasikan daripada Model of Educator Talent Menagement Framework (Sherratt et. al, 2013) dijadikan asas dalam penyediaan PIPPK. Kerangka ini menerangkan konsep pembangunan profesionalisme keguruan KPM bermula daripada fasa praperkhidmatan, awal perkhidmatan dan pemantapan kerjaya PPP.





1.1.1  Fasa Praperkhidmatan

Fasa ini bermula daripada pemilihan calon yang menepati kriteria untuk mengikuti latihan keguruan pada peringkat pengajian tinggi. Calon-calon yang terpilih perlu lulus program pengajian dan memperoleh kelayakan ikhtisas. Dalam fasa ini juga, calon perlu memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh KPM. Sekiranya tidak melepasi penilaian, calon tidak layak dipertimbangkan memasuki perkhidmatan PPP.

1.1.2  Fasa Awal Perkhidmatan

Pada fasa ini, PPP dilantik ke jawatan tetap DG41 dan didaftarkan menjadi Guru Malaysia.
PPP melaksanakan PdP dalam tempoh permulaan perkhidmatan dan menjalani program induksi serta pementoran dengan sokongan sumber-sumber organisasi. Dalam tempoh ini, pembangunan profesionalisme PPP perlu ditingkatkan untuk memenuhi kompetensi dan prestasi yang dinilai dengan PBPPP.


Rajah 1.3: Kerangka Pembangunan Profesionalisme Keguruan

yang diadaptasi daripada Model of Educator Talent Menagement Framework (Sherratt et. al, 2013)




1.1.3  Fasa Pemantapan Kerjaya

Pada fasa ini, PPP yang kompeten dan mencapai tahap prestasi yang ditetapkan boleh memilih antara tiga laluan kerjaya iaitu PdP, Kepimpinan dan Kepakaran Pendidikan. Perkembangan dan pemantapan kerjaya PPP disokong melalui pembangunan kompetensi dengan menjalani aktiviti PPB secara kendiri atau anjuran organisasi.

Bagi mengekalkan kualiti PPP sentiasa pada tahap yang optimum, satu dasar baharu telah diperkenalkan iaitu pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 telah menjelaskan bahawa Dasar Pemisah merupakan satu dasar untuk menamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan dibersarakan bagi pegawai bertaraf pencen atau pegawai yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berprestasi rendah. PPP yang mendapat markah kurang daripada 60% bagi satu tahun penilaian berdasarkan PBPPP akan melalui tempoh pemerhatian selama setahun. Sekiranya selepas tempoh pemerhatian prestasi PPP masih berada di bawah 60%, perkhidmatan PPP tersebut boleh ditamatkan melalui penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam berdasarkan Peraturan 49, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], tertakluk kepada fakta bagi setiap kes. PPP perlu memastikan prestasi mereka sentiasa melepasi tahap minimum dengan menyertai pelbagai aktiviti PPB agar kualiti kerja dan kompetensi mencapai Indeks Keberhasilan Utama (Key Performance Index).

1.2     Guru Malaysia

Guru Malaysia merupakan satu inisiatif untuk memastikan setiap guru didaftarkan dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) dan diberi Sijil Guru Malaysia bagi melayakkan PPP melaksanakan tugas sebagai pendidik di mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar di Malaysia . Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan profesionalisme PPP berteraskan tiga elemen seperti dalam Model Guru Malaysia (Rajah 1.4) yang telah diadaptasi daripada Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan dan Standard Guru Malaysia (SGM). Tiga elemen


ini, iaitu Roh dan Jiwa Guru (Nilai dan Etika), Pengetahuan dan Kemahiran, serta Jati Diri dan Kenegaraan, berkait antara satu sama lain dalam membentuk serta mendidik anak bangsa yang cemerlang, mempunyai tahap kebolehpasaran dan menjadi warganegara yang baik.

1.3     L a l u a n K e r j a y a P e g a w a i Perkhidmatan Pendidikan

Skop perkembangan kerjaya PPP tidak terbatas kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sahaja. PPP juga berpeluang untuk mengembangkan kerjaya merentas laluan berbeza seperti laluan Kepimpinan dan laluan Kepakaran Pendidikan berdasarkan prestasi dan kompetensi. Perkembangan laluan kerjaya PPP kelak tidak hanya didasarkan kepada tempoh perkhidmatan semata-mata. PPP   boleh memilih laluan kerjaya bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan kompetensi. PPP yang berprestasi tinggi bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dan memenuhi kriteria penilaian boleh dipertimbangkan untuk bertukar laluan. 




Rajah 1.4: Model Guru Malaysia








Terdapat tiga laluan kerjaya PPP iaitu laluan PdP, Kepimpinan dan Kepakaran Pendidikan seperti dalam Rajah 1.5.

1.3.1 Laluan Pengajaran dan Pembelajaran

Laluan PdP adalah untuk PPP yang ingin terus melaksanakan tugas dalam PdP di sekolah dan institusi latihan seperti Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi. PPP akan bermula daripada Laluan PdP G r e d D G 4 1 s e b a g a i g u r u a k a d e m i k , jurulatih sukan, jurulatih seni dan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa.



PPP    berpeluang memohon kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi hingga ke Gred Khas tanpa perlu meninggalkan bilik darjah atau bilik kuliah. PPP juga boleh memohon bertukar ke laluan Kepimpinan dan Kepakaran Pendidikan sekiranya memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan.


1.3.2 Laluan Kepimpinan

Laluan Kepimpinan merupakan laluan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan bagi

PPP  yang memegang jawatan hakiki kepimpinan di Bahagian, JPN, PPD, sekolah dan institusi pendidikan.

1.3.3 Laluan Kepakaran Pendidikan

Laluan Kepakaran Pendidikan ialah laluan bagi PPP    yang berpengalaman luas dalam bidang kepakaran khusus pendidikan. Pakar bidang khusus pendidikan merujuk kepada PPP yang berpengetahuan mendalam, berkemahiran tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran khusus dan mengamalkan nilai profesional pendidikan dalam pelaksanaan tugas. PPP ini sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme dalam bidang kepakaran khususnya serta menjadi sumber inspirasi, sumber rujukan, penasihat dan pembimbing kepada rakan sejawat disamping membuktikan kecemerlangan keberhasilan yang diperakui oleh organisasi.






Rajah 1.5: Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan






1.4     Mobiliti Laluan Kerjaya PPP

PPP    yang ingin memohon pertukaran laluan perlu membuat pemohonan kepada bahagian/ jabatan/institusi dan perlu melepasi syarat serta kriteria yang ditetapkan. Laluan PdP bermula pada gred 41 sebagai guru akademik, Laluan Kepimpinan bermula pada Gred 44 manakala Laluan Kepakaran Pendidikan pula bermula pada Gred 48.


Rumusan

Pembangunan profesionalisme keguruan berkait rapat dengan laluan kerjaya keguruan yang menjadi pilihan seorang PPP. Setelah mengenalpasti laluan kerjaya yang diminati, seorang PPP akan merujuk kepada PIPPK untuk merancang pembangunan kerjayanya dengan mengikuti pembangunan profesionalisme yang bersesuaian. Pelibatan dalam pembangunan profesionalisme berterusan secara terancang juga akan dapat menyumbang kepada prestasi kerja baik untuk mencapai penilaian prestasi yang menepati standard pencapaian yang berkualiti. Oleh itu PIPPK dapat memberi sokongan berterusan secara holistik kepada PPP untuk berjaya sepanjang kerjayanya samada sebagai seorang guru akademik, pemimpin atau pakar pendidikan.  Oleh itu pembangunan profesionalisme guru stem berkait rapat STEM dan laluan kerjaya keguruan yang menjadi pilihannya.

































Comments

Popular Posts