TADBIR URUS PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


BAB
TADBIR URUS PELAKSANAAN
05
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME





Pengenalan

Tadbir urus pembangunan profesionalisme meliputi tatacara dan proses pengurusan bagi mengekalkan akauntabiliti dalam merealisasikan dasar-dasar kerajaan. Tadbir urus bagi dasar pembangunan sumber manusia telah dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, badan-badan berikut ditubuhkan di setiap Kementerian dan Agensi:

i.       Majlis Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA);

ii.      Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) [PPSM(L)] yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU); dan

iii.     Jawatankuasa di bawah naungan PPSM(L) Kementerian.

Secara keseluruhannya, penubuhan badan-badan ini adalah untuk menimbang dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dasar serta pelaksanaan latihan, memantau jaminan kualiti program-program institusi latihan awam, dan memantau keberkesanan program dalam Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Tadbir urus pelaksanaan PPB di KPM dilaksanakan melalui penubuhan jawatankuasa. Terma jawatankuasa KPM adalah seperti yang




ditetapkan oleh Majlis Latihan Sektor Awam pada peringkat pusat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Jawatankuasa pada peringkat KPM adalah seperti berikut:

i.       Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM;

ii.      Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

iii.    Jawatankuasa Latihan Pembangunan Profesionalisme Keguruan (JKLPPK) yang dipengerusikan oleh T imbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan); dan

iv.    Jawatankuasa Latihan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan (JKLPKP) yang dipengerusikan oleh T imbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

5.1     Panel Pembangunan Sumber

Manusia (Latihan),

Kementerian Pendidikan Malaysia

Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) di KPM (PPSML) memainkan peranan sebagai satu badan yang mengenal pasti dan merancang keperluan latihan pegawai, memantau pelaksanaan latihan dan lain-lain tugas yang dinyatakan dalam para 15, Lampiran A2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.





3 6        Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016


5.2     Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf

Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS), selaku badan tertinggi dalam konteks latihan dan pembangunan PPP, bertanggungjawab membincang, menyokong dan mengawal selia pelaksanaan dasar dan latihan, keberkesanan latihan, dan isu berkaitan dengan pembangunan profesionalisme serta kebajikan keguruan. JIPS juga bertanggungjawab memantau dua Jawatankuasa Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (JKLPPP) iaitu Jawatankuasa Latihan Pembangunan Profesionalisme Keguruan (JKLPPK) yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan (JKLPKP) yang diurusetiakan oleh Institut Aminudin Baki (IAB).


Peranan dan tanggungjawab JIPS adalah seperti berikut:

i.       mencadangkan sesuatu dasar latihan program pembangunan PPP untuk kelulusan PPSM Latihan;

ii.      mempertimbangkan program latihan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Latihan PPP;

iii.    membincangkan dan memutuskan isu serta permasalahan berkaitan penterjemahan dasar kepada program, projek dan aktiviti;

iv.    memastikan semua Jawatankuasa Latihan PPP merancang dan membida peruntukan bagi tujuan latihan secukupnya;

v.     menyelaras semua program latihan di dalam dan di luar negara daripada Jawatankuasa Latihan PPP yang akan diangkat untuk makluman PPSM Latihan; menyelaraskan data peruntukan latihan PPP bagi latihan praperkhidmatan dan latihan dalam

perkhidmatan yang merangkumi latihan jangka pendek, sederhana dan panjang;

vi.     memantau pelaksanaan latihan PPP;

vii.   mengawal kualiti program latihan PBB berteraskan bidang dan kepakaran PPP dan berasaskan standard yang telah ditetapkan;

viii.  mewujudkan jaringan kerjasama bersama agensi di dalam dan di luar negara khususnya dalam konteks latihan dan pembangunan profesionalisme PPP;

ix.     menyelaras semua pelaporan Jawatankuasa Latihan PPP yang akan diangkat kepada PPSM Latihan; dan

x.      menyediakan platform bagi kumpulan PPP yang ingin membuat rayuan khas bagi menukar laluan kerjaya.

5.3     J a w a t a n k u a s a L a t i h a n Pembangunan Profesionalisme Keguruan

J a w a t a n k u a s a L a t i h a n P e m b a n g u n a n P r o f e s i o n a l i s m e K e g u r u a n ( J K L P P K ) bertanggungjawab untuk latihan pembangunan bagi guru. JKLPPK diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Guru dengan ahli-ahlinya mewakili setiap Bahagian dalam KPM dan JPN . JKLPPK berperanan sebagai penyelaras bagi memastikan pengoperasian dan pelaksanaan dasar latihan dalam perkhidmatan bagi PPP dilaksanakan dengan berkesan. Terma Rujukan JKLPPK adalah seperti yang berikut:

i.        menyelaras dasar pengoperasian dan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan bagi PPP dalam bidang PdP;

ii.       menyediakan garis panduan program berkaitan pelaksanaan dan pengoperasian kurikulum serta pengisian program dan penilaian;




Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016                                                                                                                                                  3 7


iii.     membida dan mengagihkan peruntukan PPB kepada bahagian, jabatan dan institusi pendidikan di KPM;

iv.    menyelaras unjuran peserta bagi mengikuti latihan peningkatan profesionalisme dan keguruan;

v.      mengurus dan menyelaras Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM);

vi.    mengurus peruntukan dan pelaporan perbelanjaan tahunan PPB untuk PPP;

vii.   memantau dan menilai pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan bagi PPP;

viii.  mempertimbang dan meluluskan cadangan latihan luar negara bagi PPP untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JIPS;

ix.    mengenal pasti bidang pengajian yang diperlukan oleh Bahagian untuk latihan jangka panjang pada peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran KPM; dan

x.      bekerjasama dengan Bahagian Tajaan Pendidikan dalam pelaksanaan program biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran KPM.

5.4     J a w a t a n k u a s a L a t i h a n Pembangunan Kepimpinan Pendidikan (JKLPKP)

Jawatankuasa Latihan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan (JKLPKP) bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan membida peruntukan

bagi pelaksanaan latihan khusus kepada PPP dalam kumpulan kepimpinan. JKKLPKP diurussetiakan oleh Institut Aminuddin Baki, KPM. Terma rujukan bagi JKLPKP adalah:

i.       mengenal pasti, merancang, melaksana dan memantau bidang keperluan latihan generik dan fungsian bagi pegawai kumpulan Kepimpinan Pendidikan;

ii.      meluluskan latihan bagi kumpulan Kepimpinan Pendidikan;

iii.     mengoperasikan dasar dan peraturan berkaitan PPB bagi kumpulan Kepimpinan Pendidikan;

iv.    membida dan mengurus peruntukan serta pelaporan perbelanjaan tahunan untuk PPB bagi latihan pegawai kumpulan Kepimpinan Guru;

v.      memantau dan menilai pelaksanaan PPB bagi pegawai kumpulan Kepimpinan Pendidikan; dan

vi.    merangka modul kepimpinan bagi pegawai kumpulan Kepimpinan Pendidikan.

Rumusan

Tadbir urus dan prosedur dalam pelaksanaan PPB merupakan sokongan bagi memantapkan pembangunan potensi dan kerjaya PPP. Proses yang dikawal selia oleh empat jawatankuasa ini adalah untuk memastikan implementasi dasar-dasar latihan dapat dilaksanakan dengan efektif dan mencapai matlamatnya, iaitu peningkatan kompetensi PPP dalam sistem pendidikan.












3 8        Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016


PENUTUP

Kejayaan serta kelestarian (sustainability) PPP dalam kerjaya amat bergantung kepada kesediaan mereka sendiri. PPB bakal berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. PPP yang efektif perlu peka, faham dan jelas tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap profesion keguruan. Mereka juga perlu berhijrah atau berubah daripada paradigma lama kepada pembudayaan pendidikan sepanjang hayat yang ditekankan dalam laluan kerjaya baharu guru seperti dalam PPPM 2013-2025. PPP harus lebih prihatin dan cakna tentang perubahan global yang akan mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia yang menuntut perubahan terhadap cara bekerja, cara pemikiran dan cara berkomunikasi. Untuk memastikan PPP kekal berkualiti, PPP bertanggungjawab terhadap kesesuaian PPB kendiri.

Demi mencapai matlamat yang ditetapkan, proses pemantauan (follow-through) dilaksanakan bagi mengekalkan iltizam dan budaya saing yang positif antara PPP. PPP akan berada pada satu tahap yang mampu mengintegrasikan idea baharu dalam PdP pada masa hadapan. PPP juga harus menjadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi diri untuk meningkatkan ilmu dan sedia berkongsi ilmu yang diperoleh daripada orang lain. Oleh itu, PIPPK disediakan sebagai landasan kefahaman kepada PPP bahawa kepentingan perkongsian ilmu dan kepakaran bersama orang lain merupakan satu daripada elemen meningkatkan kompetensi diri.

PIPPK merupakan dokumen lengkap yang menjadi rujukan dan pegangan kepada PPP berkaitan pembangunan profesionalisme keguruan. Harapan KPM adalah untuk memastikan PPP berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan.
































Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan • Kementerian Pendidikan Malaysia 2016                                                                                                                                                  3 9

Comments

Popular Posts