Al-Quran Mentafsir Al-quran
Memperkenalkan Kaedah Baru Mentafsirkan Al Quran.
Kaedah Pentafsiran Al QuranSemasa.
Setakat ini dua (2) kaedah telah diperkenalkan oleh para cendekiawan Al Quran dalam menterjemah dan mentafsirkan Al Quran. Namun di catitan ini. Satu kaedah baru pentafsiran Al Quran diperkenalkan menjadinya tiga (3) kaedah. Dan bermula Dua (2) kaedah lazim yang diguna pakai adalah seperti berikut:
Kaedah Pertama:
Pentafsiran Berlandaskan Hadis
Di mana Al Quran dihuraikan dan ditafsirkan berdasarkan hadis. Sesungguhnya kaedah ini dibuat oleh para cendekiawan Al Quran berlandaskan kepada kejituan keyakinan bahawa pada setiap perlakuan dan kata-kata Junjungan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah bersifat Al Quran. Ini bermakna jika seseorang itu ingin melihat perlakuan sifat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Maka lihatlah Al Quran sebagai indentitinya. (Surah:68: Al Qalam:1-7). Lantaran sesungguhnya tidak ada seorangpun manusia yang berpegang dengan Al Quran seteguh dan sekuat pegangan Nabi Muhammad s.a.w terhadap Al Quran yang diterimanya.
Berlandaskan Firman Allah Ta‟ala:
Surah Al-An'aam - سورة الأنعام
[6:106] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
(Al-An'aam 6:106) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkIttabi’ maa yuuhaa ilaika mirrabbika. Laa ilaaha illaa huwa wa a’ridh ’anil musyrikiin.
Ikutlah apa yang diwahyukan kepada engkau dari Tuhanmu. Tidak adalah Tuhan kecuali Dia. Dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
(Surah:6: Al An’aam:106).
Justeru itulah para cendekiawan Al Quran telah membuat kesimpulan bahawa pada setiap perkataan dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w yang disifatkan sebagai hadis dijadikan landasan kepada pentafsiran Al Quran. Satu kaedah yang tepat bersaksikan kepada ruhul ma‟ani Firman Allah Ta‟ala:
Surah Al-Nahl - سورة النحل
[16:44] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah](Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
(Al-Nahl 16:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan telah Kami turunkan kepada engkau peringatan supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, supaya mereka semua berfikir.
(Surah:16: An Nahl:44)
Kelebihan Kaedah Hadis.
Sesungguhnya kaedah ini telah menzahirkan kelebihan nya di konteksberagama kepadatiga (3) sudut:
Pertama: Satu kaedah mempermudahkan cara bagi menghasilkan rupa arca perlakuanibadat, hukum dan fadhilat di dalam urusanberagama terutama pada sudut pandangan ahli Fuqahah (Ahli Syariat dan Fiqah) selaridengan maqam pengertian ruhul ma‟ani ayat:
(Surah:22: Al Hajji:32).
Surah Al-Hajj - سورة الحج
[22:32] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
(Al-Hajj 22:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkKedua: Satu kaedahmempermudahkan cara dalam menzahirkan barang yang tidak ternyata di dalam Al Quran tetapi ternyata pada kata dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w (hadis)yang boleh disabit maknanya dengan kehendak Allah Ta‟ala di dalam Al Quran pada pandanganSyariat dan Fiqah.
Ketiga: Satu kaedah mempermudahkan cara dalam menzahirkan cara pemberian petua, hukum dan fadhilat beragama berlandaskan Ijtihad dan Qias dan Ijma‟ pada pendapat jumhur ulama‟ terhadap barang yang tidak ternyata di dalam Al Quran tetapiternyata pada kata dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w bersifat hadis yang boleh disabit maknanya dengan kehendak Al Quran pada pandangan Ahli Fuqahah (Ahli Syariat dan Fiqah) yang kemudiannya disimpulkan oleh mereka sebagai rupa: PandanganIslam atau Mengikut Pandangan Islam. Demikianlah kelebihan peranan hadis dalam mentafsirkan Al Quran yang seharusnya dibanggakan.
Kelemahan Kaedah Hadis.
Namun demikian anak cucu. Kaedah pentafsiran Al Quran menerusi kaedah berlandaskan hadis tidak terlepas dari pertikaian pendapat terhadap kelemahan kaedahnya terutama apabila ianya dilihatpada dua (2) sudut:
Pertama:
Di sudut Asas Kesahihan Dan Keteguhan Hadis
Persoalannya di masa kini, keteguhandan kesahihan hadis yang disifatkan sebagai kejituan dari punca kata dan perlakuan Nabi Muhammad s.a.w terus dipertikaikan oleh golongan tertentu. Terutama golongan anti-hadis pada empat
(4) sudut:
Satu:Timbulnya pertikaian terhadap kesahihan hadis di sudut hadis terpaksa diklasifikasikan sebagai hadis sahih, hadis palsu, hadis dhaif dan seumpamanya. Di suasana bagai terwujud perlakuan mengklasifikasikanbarang pada konsep memilih dan mengambil barang halal (Hadis sahih) yang telah bercampur dengan barang haram (Hadis palsu) di rupa nasi yang telah bercampur dengan najis untuk dihidang dan dimakan di wajah makanan asasi yang mesti dimakan dan wajib dimakan. Di suasana hadis-hadis seumpama ini sepatutnya tidak perlu dijadikan bahan pegangan dan punca akidah dalam beragama. Satu suasana dilema di kedudukan ternafinya kejituan, ketulenan dan kesahihan asli di rupa satu gumpalan benang kusut yang menjadi bahan pertikaian yang tiada penghujung lagi payah hendak dileraikan.
Sebab itulah tidak pelik kata golongananti hadis, otak umat Islam menjadilemah dan bakuk. Malah tidakbermaya untuk berakliah tinggi. Lantaran rohani mereka selama ini telah disumbat dengan makanan kerohanian yang telah bercampur dengan kekotoran tetapi diterima sebagai suatu yang baik lagi terbaik.
Dua: Timbulnya pertikaian terhadap kesahihan hadis di sudut uslub cara pembentukan hadis menerusi kaedah penyampaian perawinya (The method prove of reporting) yang melibatkan rantaian-ramai perawinya. Di samping pertikaian di sudut jangka masa siap (The due of completion)satu-satu hadis itu diperlengkapkan kejituannya dari seorangperawi kepada seorang perawi yang lain. Di suasana kemudahan logistik perhubungan manusia dan kemanusiaan di masa itu adalah sukar dan terhad. Sedangkan jangka umur hayat perawi yang terakhir (seperti Bukhari, Muslim dan lain-lain) tidak setimpal pada logik keupayaan tenaga dan usia mereka dalam menyiapkan sebegitu banyak bilangan hadis (Lebih dari lima ribu hadis pada setiap perawi) yang dikumpul dan dituliskan oleh mereka berbanding dengan usia yang ada pada mereka.
Sesungguhnya inilah satu persoalanlogik, sistematik dan empirical yang perlu dihujah-kajikan. Satu cabaran kepada para cendekiawan hadis dalam memperteguhkan hadis-hadis yang ada. Satu persoalan yang mencakupi soal munasabah, logik dan ilmiah yang perlu dijawab.Di hakikat kebenarankata dan perlakuanNabi Muhammad s.a.w di sifatperangai Al Quran tidak perlu sekali-kali dipertikaikan.
Tiga: Tertimbulnya pertikaian terhadap hadis di sudut kegagalan definasi hadis dalam mengarcakan tugas definasinya terhadap Al Quran. Di mana hadis yang didefinasikan sebagai kata-kata dan perbuatanNabi Muhammad s.a.w untuk menerangkan Al Quran gagal menjalankan fungsinya. Di mana tidak ada satu hadis pun diklasifikasikan secara khusus oleh para cendekiawan hadis (sehingga kini) tentang ayat Al Quran manakah yang hendak diterang oleh satu-satuhadis yang dikemukakan.
Sesungguhnya kegagalan seumpama ini telah membuat rupa definasihadis menjadi kabur dalam amalan meskipun ternampak hebat dankukuh di tiang definasinya. Satu dilemayang perlu diberi perhatian oleh para cendekiawan hadis. Jika kaedah hadis mentafsirkan Al Quran hendak berdiri teguh di alam kecanggihan dan kerelevanan akliah keilmuan dunia di masa-masa hadapan.
Empat: Tertimbulnya pertikaian terhadap hadis di sudut kegagalan hadis dalam menyatukan pendapat dan pandangan tokoh-tokoh agama dalam beragama. Di kedudukan tertimbulnya pelbagai kegelabahan tentang kesahihan terhadap satu-satu hadis yang dirawikan. Malah tidak kurang darinya timbulnya pemahaman puak (faction‟s faith) yang mengkecamukkan pemahaman pegangan manusia dalam memegang isi pemahaman di dalam beragama. Di suasana hadis tidak ubah bagai tuba buatan yang memeningkan agama serta mencelarukan pemikiran manusia dalam mencari ketenangan dan kejituan yang qata‟i seumpama qata‟inya isi kandung Al Quran yang menjadiasas bismillah kata kepada seseorang manusia itu memeluk agama Islam. Sesungguhnya inilah satu lagi cabaran kepada cerdikpandai agama dalam merungkai kelemahan hadis yang ada. Satu cabaran yang harus disahut oleh cendekiawan hadis dengan hati dan fikiran terbuka di tapak berilmuyang luas lagi mendalam.
Kedua:
Di SudutKelemahan Hadis Yang Dirawikan Oleh Perawi Teramat Lemah Dalam Memfokuskan Kaedahnya PadaPembangunan Duniawi
Pertikaian pendapat jua timbul apabila banyak hadis yang dirawikan oleh para perawi hadis terlepas pandang dalam melihat kata-kata dan perlakuan Junjungan Muhammad s.a.w di sudut pembangunan duniawi. Di suasana seumpama terlahirnya hadis di rupa terzahirnya teori dan formulasains dan ekonomi. Sedangkan di sepanjanghayat Junjungan Muhammad s.a.w. Baginda adalah seorang wira kemajuan. Seorang wira perniagaan. Seorang wira ekonomi. Seorang wira sains dan seorang wira politik.
Lalu soalnya, tidak adakah kata-kata atau perlakuan Junjungan Muhammad s.a.w yangboleh disimpulkan oleh para sahabat dan para Isteri baginda sehingga ianya dapat dirawikan oleh pada perawi hadis di natijahberupayanya hadis-hadis seumpama mentafsirkan ayat-ayat Al Quran yang mulia.
Sedangkan di masa yang sama para perawi hadis boleh mengumpul hadis-hadis fadhilat sampai ke tahap soal-soal kecil termasuk kelebihan menyimpan janggut dan seumpamanya. Demikianlah kelemahan dan kekurangan hadis yang dirawikan oleh para perawi hadis yang perlu dilihat,jika hadis yang ada hendak dijadikankaedah unggul dalam kaedah mentafsirkan Al Quran adanya.
Kaedah Kedua:
Mentafsir Al Quran Berlandaskan Asbaabun Nuzul
Dalam kaedah ini Al Qurandihurai dan ditafsirkan berdasarkan pada konsep Asbaabun Nuzul. Satu kaedah penghuraian makna ayat-ayat Al Quran berasaskan sebab satu-satu ayat itu diturunkan. Satu kaedah menghurai makna ayat-ayat Al Quranberasas perangai,tingkah laku dan sikap manusia di Mekah dan di Madinah semasa Al Quran diturunkan di zaman Junjungan Muhammad s.a.w sehingga menyebabkan satu-satu kerenah, masalah dan persoalan yang ditunjukkan oleh perangai, tingkah laku dan sikap manusiadi masa itu perlu yang diperjelaskan oleh Allah Ta‟ala melaluiwahyuNya yang berakhir ianya boleh menjadi iktibar kepada manusia kemudian adanya.
BersaksikanFirman Allah Ta‟ala:

kaana fii qashashihim ’ibratul li ulil albaab. Maakaana hadiithan yuftara. Walaakintashdiiqallazii baina yadaihi watafshiila kullisyai’in wahudan warahmatal liqaumin yu’minuun.
Sesungguhnya dalam kisahorang-orang itu adalah untuk ibrah bagi merekayang mempunyai pintu hati. Bukan ianya dongeng yang dibuat-buat, melainkan membenarkan apa yang terdahuludaripadanya dan menjelaskan bagi segala sesuatu, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah:12:Yusuf:111).

Surah Yusuf - سورة يوسف
[12:111] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
(Yusuf 12:111) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmarkkaana fii qashashihim ’ibratul li ulil albaab. Maakaana hadiithan yuftara. Walaakintashdiiqallazii baina yadaihi watafshiila kullisyai’in wahudan warahmatal liqaumin yu’minuun.
Sesungguhnya dalam kisahorang-orang itu adalah untuk ibrah bagi merekayang mempunyai pintu hati. Bukan ianya dongeng yang dibuat-buat, melainkan membenarkan apa yang terdahuludaripadanya dan menjelaskan bagi segala sesuatu, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah:12:Yusuf:111).
Kelebihan Kaedah Asbaabun Nuzul.
Sesungguhnya dari kaedah ini telah terlahir kelebihan dan munafaatnyayang boleh disimpulkan kepada tiga (3):
Pertama: Satu kaedah mudah bagi mentafsirkan Al Quran untuk menzahirkan rupa di sudut perbandingan sikap dan pendirian manusia yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan di dalam usaha diri umat Islam mencari pendekatan di dunia baru agar diri masing-masing baik dan terbaik lagi relevan dalam semua bidang kehidupan.
Kedua: Satu kaedah mudah bagi mentafsirkan Al Quran untuk menzahirkan rupa makna manusia dan kemanusiaan dalam konteks perhubungan di antara manusiadengan Tuhannya atau dalam konteks perhubungan manusia sesama manusia atau dalam konteks mudah atau payahnyamanusia dalam menerima unsur-unsur pembaharuan yang diperkenalkan.
Ketiga: Satu kaedah mudah untuk mentafsirkan Al Quran bagi menzahirkan rupa furqan berbentuk teori-teori Sains Kemasyarakatan dan Sains Pendidikan. Lantaran dari sikap penduduk Mekah dan Madinahsemasa Al Quran diturunkan dapat membuahkan kesimpulan ilmiah yang boleh ditauladani dan dijadikan sempadan berlandaskan kehendak Firman Allah Ta‟ala di masa ayat-ayatnya diturunkan.
Kelemahan Kaedah Asbaabun Nuzul.
Namun demikian, kaedah pentafsiransebegini tetap jua terwujud kekurangan dan kelemahannya yang masih boleh dihujahkan dengan kelemahannya pada empat (4) perkara:
Satu: Kaedah pentafsiran Al Quran berlandaskan konsep: Asbaabun Nuzul tidak berupayamentafsirkan semua ayat-ayat Al Quran. Lantaran rekod Asbaabun Nuzul tidak meliputi semua ayat-ayat Al Quran.Malah faktor Asbaabun Nuzul hanya terdapat pada ayat tertentu sahaja adanya.
Dua: Kaedah pentafsiran Al Quran berlandaskan konsep: Asbaabun Nuzul tidak berupaya pentafsirkan semua ayat-ayat Al Quran. Lantaran banyak peristiwa yang dikaitkan dengan proses turunnya satu-satu ayat Al Quran, hanya semata-mata bersifat sebab dan musabbab kenapa ayat-ayat tersebut diturunkan dengan peristiwanya tidak sekali-kali berupaya dikaitkannya pada kontek uslub untuk mentafsirkan ayat dan menerangkan makna atau mentafsirkan ruhul ma‟ani makna ayat berkenaan.
Tiga:Kaedah pentafsiran Al Quran berlandaskan konsep: Asbaabun Nuzul tidak berupaya menghurai hukum dan peraturan beribadat yang melibat faktor-faktor syarat, rukun dan seumpamanya. Tidak seperti penghuraian Al Quran berlandaskan hadis.
Empat: Kaedah pentafsiran Al Quran berlandaskan konsep: Asbaabun Nuzul tidak sekali-kali akan berjaya menghasilkan furqan di wajah teori dan formulasains dan ekonomi yang boleh diuji kesahihannya serta boleh diamalkan sehingga terarcanya rupa hikmat ilmunya yang berjaya menghasilkan munafaat dan faedah material secaralangsung kepada manusia sejagat adanya.
Kaedah Ketiga:
Memperkenalkan Kaedah Mentafsir Al Quran Berlandaskan Konsep: Al Quran MentafsirAl Quran
Satu kaedah pentafsiran fundemantal Al Quran bersifat fitrah di atas sifat semula jadinya sebagai sebuahkitab berwajah: Ummul Kitab yang berupaya mentafsirkan ayatnya dengan ayatnya sendiri. Satu kaedah dan konsep pentafsiran dan penghuraian ayat-ayat Al Quran yang berupaya menghuraikan pengertian ayat dan pengertian mantiq ayat-ayat Al Quran berlandaskan dalil qata‟i dari ayat-ayat Al Quran itu sendiri tanpa diselitkan dengan dalil-dalil hujah dari sumber- sumber yang lain.(Surah:6: Al An‟aam:126).
Surah Al-An'aam - سورة الأنعام
[6:126] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
(Al-An'aam 6:126) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSatu kaedah penghuraian Al Quran tanpa melibatkan pemahaman puak (faction‟s decree)yang banyak menimbulkan percanggahan pendapat di antarasatu dengan lain. Lantaran berbezanya cara dan pendekatan puak dalam mengarcakan rupa terhadap satu-satuisu pemahaman dalam beragama.
Di samping itu kaedah dan konsep pentafsiran Al Quran mentafsir Al Quran ini jua berupayamenzahirkan furqan di rupa teori dan formula ilmu di semua bidang keilmuan setanding dengan perkembangan ilmu sejagat khususnya pada menzahirkan teori dan formulasains dan ekonomi yang boleh digunapakai secara segera oleh masyarakat dalam mendayung hidup dan kehidupan mereka di dunia adanya.
Adapun konsep pentafsiran Al Quran mentafsirAl Quran bolehlah dikategorikan kepada empat (4)peringkat:
Satu: Pentafsiran di peringkatTa‟wiilul Ma‟ani.
Dua: Pentafsiran di peringkatAsbaabul Ma‟ani.
Tiga: Pentafsiran di peringkatTamsiilul Hijaab.
Empat: Pentafsiran di peringkat Nabaa‟ul Furqan.
Satu:
Pentafsiran Di Peringkat Ta‟wiilul Ma‟ani:
Adapun istilah konsep pentafsiran:
Ta‟wiilul Ma‟ani bolehlah didefinasikan sebagai satu konsep pentafsiran berasaskan uslub dan sighah bahasa yang menzahirkan pemahaman terhadap erti dan makna selapis (the first layer of meaning) pada mana-mana ayat Al Quran yang ditafsirkan berasaskan bukti sokongan oleh satu-satu ayat yang lain pada menceriakan kejituan rupa makna yang dizahirkan oleh ayat yang ditafsirkan.
Sesungguhnya konsep Ta‟wiilul Ma‟ani diwujudkan dengan pemahaman bahawa pada setiap ayat Al Quran itu adalah bersifat Bashaa‟ir. Yakni satu sifat barang bentanganyang dapat dilihat oleh mata lahir yang perlu ditafsir dan diterjemahkan berdasarkan kehendak ruhul ma‟ani ayat :
Surah Al-Jaathiyah - سورة الجاثية
[45:20] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
(Al-Jaathiyah 45:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkHaaza bashaa’iru linnaasi wahudan warahmatun liqaumin yuuqinuun.
Quran ini adalah bashaa’ir bagi manusia dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang yakin.
(Surah:45: Al Jaatsiyah:20)
Dua:
Pentafsiran Di Peringkat Asbaabul Ma‟ani:
Adapun istilah konsep pentafsiran: Asbaabul Ma‟ani bolehlah didefinasikan sebagai satu konsep pendekatan pentafsiran berasaskan soalan tentang huraian kepentingan satu-satu kenyataan Allah s.w.t yang dibuat olehNya melalui satu-satu bentangan ayat atau satu-satu bentangan kalimah ayat serta diselitkan dengan persoalan sebab dan musabbab kenapa dan mengapa satu-satukenyataan ayat itu dibuat olehNya dengan berakhir terzahirnya kedalaman pemahaman terhadap kepentingan dan sebab-sebab ayat tersebut diabadikan di dalam Al Quran demi petunjuk dan pendidikan kepada manusia di rupa rahmat keagunganNya.
Sesungguhnya kaedah diperingkat ini diunjurkan berdasarkan kekuatan pemahaman bahawa pada setiap suatu yang terjadi ada sebab dan musabbabnya serta ada kepentingannya. Jika ianya tahu disoal dan tahu pula menghuraikannya berlandaskan kepada firman Allah Ta‟ala:
Surah Al-Kahfi - سورة الكهف
[18:83 - 18:85] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
(Al-Kahfi 18:83) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
(Al-Kahfi 18:84) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkLalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
(Al-Kahfi 18:85) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkWayas aluunaka ’an zilqarnaini. Qul sa atluu ’alaikum minhu zikraa. Innaa makkannaa lahuu fil ardhi wa aatainaahumin kulli syai’insababa. Fa atba’a sababa.
Mereka bertanya kepada engkau (kepentingan cerita) zulkurnain. Katakanlah: nanti aku akan baca kepadamu (kepentingannya). Sesungguhnya telah kami berikan kekuasaan kepadanya di muka bumi, dan telah kami berikan kepadanya sebab-sebab tiap sesuatu (yang menyampaikan maksudnya). Lalu diperjelaskan sebab-sebabnya.
Surah:18:Al Kahfi:83-85)
Nota: Ayatini membuktikan bahawa Allah Ta‟ala menjadikan sesesuatu itu dengan sebab dan musabbabnya. Maka demikianlah dengan setiap ayat Al Quran yang diturunkan pasti ianya bersebab dan bermusabbabnya. Satu kepentingan yang perlu ditanya di kala mentafsir satu-satu ayat Al Quran adanya.
Tiga:
Pentafsiran Di Peringkat Tamsiilul Hijaab:
Adapun istilah konsep pentafsiran: Tamsiilul Hijaab bolehlah didefinasikan sebagai satu konsep pendekatan pentafsiran berasaskan penggalian makna impak buruk atau baik atau rupa manusia yang digalakkan atau rupa manusia yang ditegahkan atau rupa rahsia kesenangan yang terselindung yang terhasil dari natijah hujung jatuh makna ruhul ma‟ani ayat yang terselindung pada satu-satu ayat atau pada satu-satu kalimah ayat yang ditafsirkan selari dengan kerelevanan penggunaan semasa mengikut perkembangan zaman dan corak kehidupan manusia selaras dengan taraf ketinggian ilmu jagat semasa.
Sesungguhnya konsep ini diperkenal dan diasaskan berdasarkan kepada kenyataan bahawa rupa rahsia sesuatu yang menjadi rahsia akan terzahir jika ianya dapat dihuraikan secara jelas berdasarkan kepada isyarat firman Allah Ta‟ala:
Surah As-Sajdah - سورة السجدة
[32:17] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah 32:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkFalaa ta’lamu nafsun maa ukhfiyalahum min qurratia’yunin jazaa’an bimaakaanuu ya’maluun.
Seseorang tidakmengetahui apa yang disembunyikan untuknya di antarabermacam-macam kesenangan sebagai balasan apa yang telah merekaamalkan.
(Surah:32:As Sajdah:17)
Nota: Ayatini membuktikan bahawa Allah Ta‟ala menjadikan sesesuatu itu dengankaedahNya. Di mana pada setiap sesuatu itu tetap terselindung rupa furqandan rupa tamsiliahnya yang tersendiri. Maka begitulah dengan fitrah satu-satu ayat Al Quran tetap jua terwujud rupa furqan dan rupa tamsiliahnya yang perlu ditafsir dan diterokai.
Empat:
Pentafsiran Di Peringkat Nabaa‟ul Furqan:
Adapun istilah konsep pentafsiran: Nabaa‟ul Furqan bolehlah didefinasikan sebagai satu konsep pendekatan pentafsiran bagi menzahirkan satu-satu teori atau formulailmu dan keilmuanberasaskan kejituan fitrah bagi menghuraikan satu-satu permasalahan atau mendatangkan satu-satu rupa asas keilmuan berfaedah yang berupaya menzahirkan kebaikan dan pengaslihan kehidupan manusia di muka bumi di samping dengannya secara langsung memaku-paksikan kejituan terlihatnya keagungan Tuhan dan ketuhanan. Demi faedah dunia dan demi faedah kehidupan di akhirat.
Sesungguhnya konsep ini didirikan bagi menegakkan kenyataan bahawa setiap suatu yang terwujud di alam maya dijadikan Allah mengikut kadar fitrahnya yakni satu konsep pada terjemahan keilmuan baru di rupa teori dan formula yang diasaskan kepada firman Allah Ta‟ala:
Surah Al-Qamar - سورة القمر
[54:49 - 54:50] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
(Al-Qamar 54:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkDan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
(Al-Qamar 54:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkInnaa kulla syai’in khalaqnaahu biqadarin. Wamaa amrunaa illaa waahidatun kalamhin bil bashar.
Sesungguhnya Kami menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kadar (teori dan formula). Pekerjaan Kami (jika formula ditemui) tidak lain hanya sepatahbagai sekelip mata.
(Surah:54:Al Qamar:49-50)
Nota: Ayatini membuktikan bahawa Allah Ta‟ala menjadikan sesesuatu itu dengan kaedah yang tetap berorentasikan teori dan formula. Di makna jika teori dan formula ditemui. Maka segala urusan boleh terarca dalam sekelip mata. Yakni mudahnya satu-satupekerjaan itu dilaksanakan apabila teori dan formula ditemuinya. Oleh itu kerja bagi menentukan jalan fitrah ditemui adalah satu tugas manusia dalam menjayakan setiap pekerjaan dalam kehidupannya.
Dihakikat terarcanya rupa kenyataan ruhul ma‟ani firman Allah Ta‟ala:
Surah Al-Jinn - سورة الجن
[72:16] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah](Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
(Al-Jinn 72:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkWa allawis taqaamuu‘alaattariiqati la asqainaahum maa’an ghadaqaa
Dan sesungguhnya kalau mereka berlaku lurus di atas jalan yang betul (di atas teori dan formula). Nescaya Kami turunkan kepada mereka air hujan yang lebat.
(Surah:72: Al Jin:16)
Nota: Ayat ini membuktikan bahawasanya, jika teori dan formula berjaya ditemui mengikut fitrahnya. Maka sudah pasti setiap kerja yang dibuat akan menemuikejayaan adanya.
Demikianlah empat (4) kaedah konsep Al Quran mentafsir Al Quran yang dapat diperkenalkan kepada anak cucu buat sementara waktu. Satu-satukaedah yang akan menghasilkan daya paradigma daya pemikiran baru anak cucu dalam melihat Al Quran dimasa mendatang.
Namun begitu ingatlah bahawasanya kaedah ini jua tidak terlepasdari kelemahan yang boleh dihujah-bincangkan. Di hakikat kerelevanan kaedah hadis dan kaedah asbaabun nuzul dalam mentafsirkan Al Quran masih tetap layak diguna pakai apabila kelebihan dan keistimewaan kaedah masing- masing dilihat dan diperhatikan. Maka untuk keterangan lanjut pada membincangkan kaedah Al Quran mentafsirAl Quran. Anak cucu disarankan agar meneruskan pembacaan pada Konsep Penulisan catitan ini adanya. Satu konsep yang menumpukan fokus perbincangan pada kaedah pentafsiran di peringkat Ta‟wiilul Ma‟ani dan Nabaa‟ul Furqan.

Comments
Post a Comment