KAEDAH PEMBENTUKAN TEORI Al QURAN 1/2


MEMPERKENALKAN KAEDAH PEMBENTUKAN TEORI Al QURAN Satu Kaedah Penemuan Baru Memecah Rekod Keilmuan Dunia Di Sudut Penerokaan Furqan Al Quran   Kini Terbukti Dan Telah Mendapat Pengiktirafan Di Peringkat Antarabangsa.



Kaedah Pembentukan Teori Al Quran




Definasi Teori Al Quran



Adapun Teori Al Quran (The Theory of Noble Quran) itu bolehlah didefinasikan sebagai satu rupa rumusanmakna yang di-abstrak (abstracted) dari satu-satu ayat Al Quran atau satu rumusan elemen furqan (the inventions of innovation substances) yang di-akstrak (Extracted) dari satu-satuayat Al Quran (soloverce) atau di-aktrakdari gabungan beberapa ayat Al Quran (synergetic Verses) yang boleh menatijahkan terlahirnya satu-satu kesimpulan kata yang berupaya dijadikan pedoman fitrah kepada kehidupan manusia atau satu kesimpulan kata yang berupaya dijadikan asas cetusan (flash guidence) yang menatijahkan terbukanya kaedah atau ketulenan cara dalam penerokaan terhadap satu-saturupa penemuan (invention) di wajah formula dan penemuan baru yang boleh dikembang-selia dalam kehidupan manusia selari dengan perkembangan tamaddun dunia dan kehendak merit ilmu dan pendidikan sejagat.


Tujuan Dan Matlamat Teori Al Quran



Di antara tiga (3) tujuan dan matlamat pembentukan Teori Al Quran adalah seperti berikut:

Satu: Menzahirkan satu methodologi baru bagi mempermudahkan peminat dan pengkaji Al Quran dalam memahami natijah hujung jatuh makna satu-satu ayat Al Quran. Bukan setakat mengerti di tahap maknanyapada lughah bahasa semata-mata tetapi memahami ruhul ma‟aninya(the  soul  of meaning)  di  sebalik erti  kenyataan  zahirnya. (Surah:54:Al Qamar:32).

Surah Al-Qamar - سورة القمر

[54:32] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A032
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Dua: Menzahirkan satu methodologi baru bagi menzahirkan satu-satu teori atau formula fitrah yang terselidung di sebalik pengertian zahir satu-satuayat Al Quran selari dengan sifat Al Quran itu adalah ibu segala kitab dan ibu segala ilmu yang dinamakan Al Furqan. (Surah:6:Al An‟aam:104).

Surah Al-An'aam - سورة الأنعام

[6:104] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A104
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Al-An'aam 6:104) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Tiga:Melahirkan satu cara pemikirandan pendekatan baru terhadap Al Quran. Satu pendekatan berwajah contemporary yang boleh menghasilkan daya pemikiran baru serta mencetuskan minat dan kehendaksejagat untuk menerokai rahsia khazanah mukjizat rahmat sekalian alam. Satu signal isyarat sumber baru penyelidikan kepada para cendekiawan dunia tentang terzahirnya punca ilmu dan tamaddun manusia yang kini boleh didapatidan terbukti pada Al Quran (Surah:32:Sajdah:17).

Surah As-Sajdah - سورة السجدة

[32:17] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A017
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah 32:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Idea Pembentukan TeoriAl Quran


Adapun kaedah pembentukan teori dan formula Al Quran dalam catitan ini adalah dibuat berdasarkan kepada hasil dari kesimpulan penyelidikan dan penelitian yang dibuat oleh Pengarang sendiri tanpa diciplakdari mana-mana buku atau dari sumber-sumber yang ada.

Satu kaedah kontemporari yang berupaya menggali furqan Al Quran. Satu kaedah yang berjaya mendedah sebahagian kecil rahsia keilmuan agung Al Quran di wajahnya sebagai  Ummul Kitab  yang kemudiannya  boleh  dibuktikan melalui kaedah keilmuan moden terutama di sudutkezahiran teori dan formula sains yang dibentangkan.

Satu kaedah yang mungkin akan dipertikaikan oleh pakar-pakar penterjemah dan pentafsir Al Quran convensional. Lantaran kaedah seumpama ini tidak pernah terwujud dalam kamus ilmunya selama ini. Satu kaedah terulungdi dunia yang tidak pernah diperkenalkan di mana-mana pusat pengajian tinggi dunia tetapi dibentangkan di dalam buku catitan ini adanya.

Sesungguhnya inilah satu kaedahdan pendekatan penemuan baru yang ingin dikongsikan bersama. 

Di kedudukan Al Quran (Surah:38: Shaad:67) sebagai Ummul Kitab 

Surah Saad - سورة ص

[38:67] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A067
Katakanlah lagi: " Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).
(Saad 38:67) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

(Surah:43: Az Zukhruf:3-4) tidak akan terhurai rahsianya, jika keberanian penerokaan terhadapnya tidak dilakukan. 

Surah Az-Zukhruf - سورة الزخرف

[43:3 - 43:4] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A003
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
(Az-Zukhruf 43:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

A004
Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
(Az-Zukhruf 43:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Sedangkan Al Quran adalah sebuah kitab untukorang-orang berilmu (Surah:29: Al Ankabuut:49) 

Surah Al-'Ankabuut - سورة العنكبوت

[29:49] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A049
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.
(Al-'Ankabuut 29:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

dan orang-orang yang mahu menjadi cerdik (Surah:72:Al-Jin:2) 

Surah Al-Jinn - سورة الجن

[72:2] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A002
`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
(Al-Jinn 72:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

dengan keyakinan bahawa Allah menjadikan sesuatu dengan ketetapan fitrahNya (Surah:72: Al Jin:16). 

Surah Al-Jinn - سورة الجن

[72:16] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A016
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
(Al-Jinn 72:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Yakni jalan lurus di wajah teori dan formula Nya (Surah:54: Al Qamar:49).

Surah Al-Qamar - سورة القمر

[54:49] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A049
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
(Al-Qamar 54:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Kaedah Pembentukan Teori Al Quran


Sesungguhnya buat kali ini pembentukan teori Al Quran diarcakan menerusi empat(4) kaedah:


Pertama: 

Pembentukan Teori Al Quran Menerusi Kaedah: 

Mantiq Bashairul Bayan



Adapun kaedah: Mantiq Bashaairul Bayan adalah satu kaedah pembentukan teori dan formula Al Quran berasaskan kepada sumber tamsiliah penghuraian mantiq makna lughah bahasa satu-satu ayat yang dilihat di sudut hujung jatuh impak maknanya yang boleh  menatijahkan terlahirnya satu-satu kesimpulan susunan kata yang berupaya dijadikan pedoman fitrah kepada manusia dalam mendayung hidup dan kehidupan mereka di muka bumi selari dengan maqam pengertian ayat: Thummainna ’alainaa bayaanah. (Di makna: Kemudian Kami menerangkannya sehingga dapat difahami Surah:75: Al Qiyaamah: 17-19).

Surah Al-Qiaamah - سورة القيامة

[75:17 - 75:19] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A017
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
(Al-Qiaamah 75:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


A018
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
(Al-Qiaamah 75:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark



A019
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
(Al-Qiaamah 75:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Maka bagi tujuan ini, makna dan pengertian lahiriah satu-satu ayat akan diperhatikan. Kemudian maknanya akan dirumuskan di sudut pengertian hujungjatuhnya dan seterusnya dibuat kesimpulan serta diatur kata-kata rangka struktur teorinya sehingga terbentuknya rupa bahasa teori yang mantap, padat dan berwajah natural.

Sesungguhnya teori Al Quran di peringkatini tidak sekali-kali melibatkan rangkaian ayat-ayat (Synergetic verses) tetapi lebih bersifat teori dari abstrakmakna terhadap satu- satu ayat yang diberi tumpuan terhadapnya dan kemudiannya dijadikan asas kepada pembentukan teori.

Maka bagi membentuk teori Al Quran di peringkatini anak cucu hendaklahmemberi perhatiankepada empat (4) perkara sebagailangkah mewajahkan pembentukan teori Al Quran:

(i): Pilih satu ayat dan lihatlah sekurang-kurangnya tiga perkara penting yang dinyatakan oleh ayat berkenaan yang boleh dirumuskan kemudian menjadi sebuah teori kepada satu-satu bidang pengajian.

(ii): Buat rumusan dari abstrakcantuman tiga perkara penting yang berkenaan sehingga ternampak rupa rangka teori yang akan dibentuk.

(iii): Rangka kata-kata teori di rupa tamsiliah ruhul ma‟ani makna ayatnya. Di maksud bentangan  hujung jatuh kesan atau impak dari pengertian ayatnya.

(iv): Buat penilaian di sudut keberkesanan fitrahnya di wajah sebuah teori yang bersifat natural kejituannya.

Sebagai contoh:


Bagaimanakah ayat (Surah:12:Yusuf:22) yang dibentangkan di bawah boleh menzahirkan sebuah teori Al Quran. Satu teori yang menggambarkan pentingnya istilah hikmah pada satu-satu ilmu yangdituntut.

Maka dengan itu ayat: (Surah:12: Yusuf:)  diambil sebagai ayat asas pembentukan teori:

Surah Yusuf - سورة يوسف

[12:22] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A022
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Yusuf 12:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Walamma balagha asyuddahuu aatainaahu hukman wa‘ilmaa. Wakazaalika najzil muhsiniin.

Setelah dia (Yusuf) cukup dewasa. Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Maka begitulah Kami kurniakan kepada orangyang berbuat kebaikan.

Surah:12: Yusuf:22

Kaedah Pengarcaan Teori Al Quran (Peringkat: Mantiq Bashaairul Bayan)(Surah:12:Yusuf:22).

Langkah Satu: Lihat tiga perkarapenting di dalam ayat. Maka bagi ayat  ini terdapattiga (3) perkara penting:  (a): Istilah: Balagha asyuddahuu Cukup dewasa.  (b): Istilah: Hukman wa‟ilman Hikmah dan ilmu.

(c): istilah: Al muhsiniin Orang yang berbuat baik.

Langkah Dua:  Buat rumusan dari abstrak cantuman tiga (3) perkara di atas:

Satu: Huraikan makna kalimah: Balagha asyuddahuu: Di makna cukup dewasa.Di erti: cukupmatang. Di maksud: Cukup berakliah. Dilihat di sudut ruhul maani maknanya pada kenyataan bahawa kematangan akliah seseorang manusia itu hanya dapat dizahirkan apabila seseorang itu berilmu.
Dua: Huraikan makna kalimah: Hukman wa‟ilman. Di makna: hikmat dan ilmu. Di erti: Setiap ilmu mesti kena ada hikmah. Di maksud: Dalam menuntut satu-satu ilmu, dua perkara harus dititik beratkan.Yakni ilmu danhikmah. Di wajah terwujudnya ilmu itu hendaklah di - wau ma‟iyah-kan dengan hikmah. Ini bererti, jika dipisahkan di antara ilmu dan hikmah. Maka ilmu akan menjadi hampa. Justeruitu  kedua-duanya tidak boleh sekali-kali dipisahkan.

Tiga: Huraikan makna kalimah:Al muhsiniin.Di makna: orang yang berbuatbaik. Di erti: orang yang berjaya menghasilkan pada hidupnya kebaikan untuk dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. Di maksud: orang yang berupaya memiliki darjat di wajah manusia yang berguna yang dikaitkan dengan istilah: Balagha asyuddahu dan istilah: Hukman wa‟ilman dalam persoalan mendewasakan diri dalam konteks berilmu.

Inibermakna bahawa satu-satu ilmu yang hendak dituntut oleh seseorang itu hendaklah ditentukan terlebih dahulu akan hikmahnya. Lantaran kebaikan dan kedewasaan akliah seseorang manusia itu hanya akan terlahir dari ilmunya yang memiliki hikmah. Jika dirinya yang berilmu ingin menjadi maju denganilmu yang bermunafaat.

Maka bertolak dari rumusandi atas, anak cucu buatlah pula rangka teorinyaseperti langkah berikutnya.

Langkah tiga: Rangkakan kata-kata teori dirupa tamsiliah ruhul maani makna ayat. Di maksud hujung jatuh kesan dan impak dari pengertiannya.

Maka dengan yang demikian berdasarkan kepada rumusan di atas dapatlahdirangka satu teori seperti yang dirangka di bawah:

Penerokaan Teori Al Quran

(Surah:12: Yusuf:22)

Surah Yusuf - سورة يوسف

[12:22] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A022
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Yusuf 12:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Mendesignkan satu Teori Al Quran (The Theory of Noble Quran). Adalah dirangka satu Teori AlQuran di bidang Sains Pendidikan yang berbunyi:

“Setiap ilmu yang tidak memilikihikmah itu hampa. Dan menuntut ilmu yang tidak memiliki hikmah itu sia-sia.”

Bincang-bincanglah. (Surah:2: Al Baqarah:269).


Langkah empat: Buatlah penilaian keberkesanan kejituan fitrahnya.

Penilaian terhadap rangka teori di atas adalahbenar dan sahih. (Dirujuk kepada pandangan dari siri-siri perbincangan dengan para penyemakpenulisan). Di hakikat kejituan naturalnya ternyata dan tidak boleh dipertikaikan oleh manusia yang berilmu. Malah disokong sepenuhnya oleh Firman Allah Ta‟ala pada ayat: (Surah:2: Al Baqarah:269). 

Surah Al-Baqarah - سورة البقرة

[2:269] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah 2:269) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Maka demikianlah anak cucu teori Al Quran di peringkat ini dibuat adanya.

Sebagai contohnya lagi


Bagaimana ayat berikut. Yakni ayat: (Surah:11:Hud:15) menzahirkan satu-satu teori Al Quran:

Surah Hud - سورة هود

[11:15] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A015
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
(Hud 11:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Man kaana yuriidul hayaatad dunia waziinataha. Nuwaffi ilaihim a’maalahum fiihaa.Wahum fiihaa laa yubkhasuun.

Barang siapa yang menghendaki kehidupannya (yang lebih baik) di dunia dan (memperolehi) perhiasannya (harta, kekayaan, kejayaan dan kemajuan). Maka Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia. Sedangkan mereka tidaklah dirugikan.

Surah:11: Hud:15

Kaedah Pengarcaan Teori Al Quran 
(Peringkat: Mantiq Bashaairul Bayan) (Surah:11:Hud:15).

Ulangkan cara pengarcaan teori seperti yang diterang di awalnya. Maka bagi ayat ini dua teori di bidang ekonomi dan ilmu Sains Kerohanian akan dibentuk daripadanya seperticontoh yang tertera di bawah:

Contoh Teori pertama: Penerokaan Teori Al Quran

(Surah:11: Hud:15)

Mendesignkan satu Teori Al Quran (The Theory of Noble Quran): Adalah dirangka satu teori AlQuran di bidang Ekonomi dan  Sains Kerohanian yang berbunyi:

”Sesiapa yang ingin kepada kehidupandi dunia. Maka carilah ianya di dunia.Dan sesiapa    yang    ingin   kepada   kehidupan akhirat. Maka carilah ianya di dunia. Dan sesiapa yang ingin kepada kedua-duanya. Maka carilahianya di dunia.”

Bincang-bincanglah.

Sila rujuk: (Surah:16: An Nahl:30) 

Surah Al-Nahl - سورة النحل

[16:30] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A030
Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Nahl 16:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

& (Surah:59: Al Hasyr:18-20).

Surah Al-Hasy-r - سورة الحشر

[59:18 - 59:20] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 
A018
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(Al-Hasy-r 59:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


A019
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hasy-r 59:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark



A020
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).
(Al-Hasy-r 59:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Contoh teori kedua: Penerokaan Teori Al Quran

(Surah:11: Hud:15)

Surah Hud - سورة هود

[11:15] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A015
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
(Hud 11:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Mendesignkan satu Teori Al Quran (The Theory of Noble Quran):Adalah dirangka satu teori Al Quran di bidang Ekonomi yang berbunyi: ”Sumber  kekayaan sesebuah  negeri  tidak akan berguna.  Jika rakyatnya     tidak memasang              kehendak              untuk menterjemahkannya          dengan              melihat kehidupan di dunia penting baginya.” 

Bincang-bincanglah.

Sila rujuk: (Surah:10:Yunus:101) 

Surah Yunus - سورة يونس

[10:101] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A101
Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
(Yunus 10:101) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

& (Surah:6:Al Anaam:104).

Surah Al-An'aam - سورة الأنعام

[6:104] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A104
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Al-An'aam 6:104) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Kedua: 

Pembentukan Teori Al Quran Menerusi kaedah: 

Mantiq Bashaairul Quraan



Adapun kaedah: Mantiq Bashaairul Quraan adalah satu kaedah pembentukan teori dan formula Al Quran berasaskan sumber tamsiliah penghuraian mantiq makna sesuatu amthal ayat (Di rupa sumber yang perlu diterjemahkan) yang dizahirkan oleh satu-satu ayat dilihatdi sudut hujung jatuh impak  ruhul ma‟ninya  yang boleh  menatijahkan  terlahirnya satu-satu kesimpulan susunan kata yang berupaya dijadikan pedoman fitrah dan ilmu kepada manusia dalam mendayung hidup dan kehidupan mereka di muka bumi. Selari dengan kehendak ruhul ma‟ani ayat: (Di maqam: Haazaabashaairu linnaasiwahudan warahmatul liqaumin yuuqinuun (Surah:45: Al Jaatsiah:20). 

Surah Al-Jaathiyah - سورة الجاثية

[45:20] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A020
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
(Al-Jaathiyah 45:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Di makna: Inilah Al Quran di wajah bentangan di rupa bashaair.Yakni di rupa sumber yang perlu diterjemahkan bagi manusia dan jadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang yakin.

Di hakikat bahawa segala-gala isyaratnya tersimpan di dalam Al Quran (Dimaqam: Wamaa min ghaaibatin fissamaa’i wal ardhi illaa fii kitaabim mubiin (Surah:27:An Naml:75). 

Surah An-Naml - سورة النمل

[27:75] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A075
Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.
(An-Naml 27:75) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Di makna: Tiada yang tersembunyi di rupa furqan di langit dan di bumi melainkandinyatakan secaraterang di dalam kitab Al Quran.

Di suasana bagai dibayangkan  oleh Allah Ta‟ala menerusi ayat (Di maqam: Watilkalamthaalu nadhribuhaa linnaasi. Wamaa ya’qiluhaa illal ’aalimuun (Surah:29:Al Ankabuut:43). 

Surah Al-'Ankabuut - سورة العنكبوت

[29:43] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A043
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(Al-'Ankabuut 29:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Di makna: Amthal-amthal itu Kami lukiskan untuk manusiatetapi tiadalah memahaminya melainkan orang- orang yang berilmu.

Sesungguhnya teori Al Quran di peringkatini tidak sekali-kali melibatkan rangkaian ayat-ayat (Synergetic verses) tetapi lebih bersifat teori dari abstrak makna mantiq dari bentangan amthal yang terdapat pada satu-satuayat yang diberi tumpuan terhadapnya. Maka bagi tujuan untuk membentuk satu-satu teoriAl Quran di peringkat ini, anak cucu hendaklah memberi perhatian kepada enam (6) perkara:

(i): Lihat makna ayat di wajah hala tuju dan matlamat ayat yang hendak dijadikan asas teori.

(ii): Lihat bayangan isyarat cara untuk menzahirkan hala tuju dan matlamatyang diisyaratkan oleh kalimah-kalimah ayatnya

(iii): Lihat gambaran amthal yang dinyatakan di dalam ayat berkenaan yang boleh menatijahkan terzahirnya teori.

(iv): Buatlah rumusan dari abstrak cantuman  tiga perkara berkenaan yang diperhatikan diatas.

(v): Buat rangka kata-kata teori di rupa tamsiliahruhul ma‟ani makna ayat. Di maksud bentangan hujung jatuh akan kesan atau impak dari pengertian ayatnya.

(vi): Buat penilaian teori di sudutkeberkesanan fitrahnya di wajah sebuah teori yang bersifatnatural kejituannya.

Sebagai contoh.


Bagaimanakah ayat (Surah:42:Asy Syuraa:53) boleh menzahirkan sebuah teori Al Quran bagi maksud menyatakan kenyataan fitrah bahawa satu-satu urusan dapat dibuat dengan senang serta boleh menghasilkan kejayaan. Jika ianya dibuat secara berformula.

Maka untuk  tujuanini ayatnya dipilih sebagai ayat asas teori:

Surah Asy-Syuura - سورة الشورى

[42:53] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A053
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
(Asy-Syuura 42:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Shiraatillaahil lazii lahuumaa fissamaawaati wamaa fil ardhi. Alaa ilallaahi tasiirul umuur.

Jalan Allah, yang memiliki apayang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Maka sesungguhnya kepada Allah lah sepatutnya dikembalikan segala urusan.

Surah: 42: Asy Syuraa:53

Kaedah Pengarcaan Teori Al Quran (Peringkat: Mantiq Bashaairul Quraan) (Surah:42:Asy Syuraa:53).

Langkah satu: Lihat makna ayat di wajah hala tuju dan matlamat yang diisyaratkan oleh ayatberkenaan:

Di mana isyarat penting matlamat ayat ini terletakpada istilah: Shiraatillaah. Di makna jalan Allah.Yakni dimaksudkan: jalan fitrah. Di erti: Jalan nature. Di hakikat jalan memudahkan cara agar terzahirnya apa-apa yang dikehendaki mengikut aturan fitrah asal kejadiandan fitrah asal tabi‟iinya yang dicari.

Langkah Dua: Lihatlah bayangan cara untuk menzahirkan hala tuju dan matlamat yang diisyaratkan oleh ayat.

Di mana bayangan cara untuk mencapai ke jalan fitrah pada ayat ini terletak pada isyarat istilah: ilallaahi tashiirul umuur (kepada Allah dikembalikan segala urusan). Di mana seseorang itu kenalah kembali ke jalan urusan Allah. Yakni mencari jalan fitrah. Jalan teori dan formula. Jika satu-satu pekerjaan itu hendakberjaya dalam pengarcaannya.

Langkah Tiga: Lihatlah gambaran amthal atau amthal- amthal yang dinyatakan di dalam ayat yang boleh dikaitkan dalam pembentukan teori. Di mana gambaran amthal pada ayat ini terletakpada isyarat istilah: Maa fissamaawaati wamaa fil ardhi. Di rupa amthal yang menjadi mediumtarget pencapaian matlamat yang ditentukan oleh jalan fitrah dalam usaha mencari jalan fitrah yang akan memudahkanurusan.

Langkah Empat:Buatlah rumusan dari abstrakcantuman tiga perkara di atas:

Berpandukan kepada tiga faktor di atas dapatlah dirumuskan bahawa dalam menghuraikan sesuatu rahsia kejadian alam atau dalam menghurai urusan yang melibatkan barang kejadian alam. Maka untuk mempermudah urusan dan menjayakan urusan. Jalan fitrah yang berbentukdengan kaedah fitrah atau teori atau formula hendaklah dicari agar jalan yang terbentuk selari dengan fitrah kejadian dan perjalanan asalnya.

Langkah Lima: Buatlah rangka kata-kata teori di rupa tamsiliah ruhul ma‟ani makna ayat. Di maksud bentangan hujung jatuh kesan atau impak dari pengertian ayatnya.

Maka dengan ini dapatlah dirangka satu teori Al Quran dengan berpandukan mantiq ruhul ma‟ani ayatnya seperti yang dirangka dibawah:


Penerokaan Teori Al Quran



(Surah:42: Asy Syuraa:53).

Surah Asy-Syuura - سورة الشورى

[42:53] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A053
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
(Asy-Syuura 42:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Mendesignkan satu Teori Al Quran (The Theory of Noble Quran). Adalah dengan ini dirangkasatuteori Al Quran di bidang Sains yangberbunyi:

”Setiap kejadian tertakluk kepada formula kejadiannya. Jika formulanya ditemui. Maka senanglah urusan manusia dalam menjayakan kerja-kerja urusannya.”

Bincang-bincanglah.

Silarujuk (Surah:54: Al Qamar:49-50) 

Surah Al-Qamar - سورة القمر

[54:49 - 54:50] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 
A049
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
(Al-Qamar 54:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark



A050
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
(Al-Qamar 54:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
& (Surah:72: Al Jin:16)

Surah Al-Jinn - سورة الجن

[72:16] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A016
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
(Al-Jinn 72:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Langkah Enam: Buatlah penilaian di sudut keberkesanan fitrahnya di wajah sebuahteori yang bersifat natural kejituannya.

Penilaian dibuat berdasarkan kepada siri-siri perbincangan dengan para penyemak penulisan dan dirumuskan bahawa rangka teori yang dibuat di atas adalah benar dan sahih. Di hakikat kejituan naturalnya ternyata dan tidak boleh dipertikaikan oleh manusia yang berilmu.Malah ianya pula telah disokongoleh ruhul maani Firman Allah Ta‟ala pada ayat: (Surah:72: Al Jin:16)dan FirmanNya: (54:AlQamar:49-50). Maka demikianlah anak cucu teori Al Quran di peringkat ini dibuat adanya.





Comments

Popular Posts