KAEDAH PETIKAN AYAT MEMBUKTIKAN HUJAH DALAM PERBINCANGAN


Petikan Ayat Bagi Membuktikan Hujah Dalam Perbincangan



Dalam catitan ini.

Segala hujah-hujah perbincangan dibuat hanya berdasar kepada hujah yang berdalilkan Al Quran semata-mata, selari dengan konsep penulisan : Al Quran mentafsirAl Quran. Satu konsep penulisan yang hanya mengguna punca dalil qata‟i tunggal sebagai literature penulisannya. Satu  konsep penulisan yang tidak sekali-sekali bersandarkan kepada hadis atau qias atau ijmak ulamak atau pendapat dari mana-mana puak (faction‟s views) sebagaimana lazim dilakukan oleh para cendekiawan menerusi konsep penulisan mereka sebelum ini. Satu konsepbaru berwajah lama yang sengaja ditimbulkan kembali berasaskan konsep Firman Allah Ta‟ala : 

Surah :41 :Al Fussilat :3 

Surah Fussilat - سورة فصلت

[41:3] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A003
Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
(Fussilat 41:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

dan FirmanNya : Surah :6 :Al An‟aam :126.

Surah Al-An'aam - سورة الأنعام

[6:126] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A126
Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
(Al-An'aam 6:126) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Maka bagi maksud dan tujuan memperkuatkan dan memperkemaskan hujah di dalam satu-satuisu perbincangan yang dibuat di dalam catitan ini, petikan ayat-ayat membuktikan hujah isu perbincangannya dibuat pada Lima (5) kaedah di suasana petikan ayat pada setiapkaedahnya berupaya membuat ayat-ayat buktinya atau kalimah-kalimah ayat buktinya telah boleh bersifat dan berdiri dengan makna dan natijahnya yang tersendiri.

Satu kaedah yang dibuatberdasarkan ilmu  Mantiq- Tajwid di peringkat: Iqra‟ ul Quraan, terutama pada sifat Mad dan Wakaf bacaannya. Sama ada diwakafkan pada hujung    ayatnya    atau    pada    mad-mad    tajwidnya.

Dan sesungguhnya    lima    (5)   kaedah     tersebut     adalah    seperti berikut :

Satu :

Kaedah Pertama :

Bagi kaedah ini, ayat-ayat bukti penghujahan pada satu- satu isu perbincangan dipetik dari keseluruhan ayat yang terdapat pada ayat berkenaan. Yakni dipetik dari awal ayat (bertanda angka :xxa) sehinggalah ke akhir ayatnya (Bertanda angka :xxb) berikutnya. Di makna ayat dipetik : Dari pangkal ayat ke hujung ayat.

Sebagai Contoh :

Misalnya, Jika anak cucu hendakmembuktikan kenyataan hujah perbincangan bahawa Al Quran adalah ibu segala kitab. Maka anak cucu bolehlah ambil seluruh ayat : 

(Surah :43: Al Zukhruf :4) dari pangkal ayatnya bertanda angka :3) 

Surah Az-Zukhruf - سورة الزخرف

[43:4] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A004
Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
(Az-Zukhruf 43:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

sehingga ke hujung ayatnya bertanda angka : 4) dan dibuatnya sebagai dalil Naqli bagi menguatkan hujah. Lantaran makna ayat tersebut telah boleh berdiridengan sifatnya tersendiridan kukuh dijadikan bukti.

Lihatlah ayatnya :




Demikianlah anak cucu cara dalil naqli dari ayat-ayatAl Quran  dipetik  bagi membuktikan hujah isu perbincangan Quran  dipetik bagi  membuktikan hujah  isu perbincangan
 adanya.

Sebagai Contoh Lagi :

Misalnya, Jika anak cucu hendakmembuktikan kenyataan hujah perbincangan bahawa kebanyakan manusia mudah melupai sejarah. Mudah terasa dirinya kaya dan sempurna, apabila dikurniakan nikmat oleh Tuhannya. Maka anak  cucu  bolehlah ambil  seluruh  ayat :  (Surah :96 :  Al„Alaq :6-7) dari pangkalayatnya bertandaangka :6) sehingga ke hujung ayatnya bertanda angka : 7) 


Surah Al-'Alaq - سورة العلق

[96:6 - 96:7] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 
A006
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
(Al-'Alaq 96:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark



A007
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Al-'Alaq 96:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
dan dibuatnya sebagai dalil Naqli bagi menguatkan hujah. Lantaran makna ayat tersebut telah boleh berdiri dengan sifatnya tersendiri dan kukuh dijadikan bukti.

Lihatlah ayatnya :




Demikianlah anak cucu cara dalil naqli dari ayat-ayat Al Quran dipetik bagi membuktikan hujah isu perbincangan adanya.

Dua :

Kaedah Kedua :

Bagi kaedah, ayat-ayat bukti penghujahan pada satu- satu isu perbincangan dipetik dari kalimah ayat dari pangkal ayat bertanda Mad. Sama ada (bertanda : Thaa Mad Tabi‟i) atau (bertanda: Jim Mad Jais) ke akhir ayatnya pada tanda ayatnya (Bertanda  Angka : xxx) atau sebaliknya.

Sebagai Contohnya :

Bagi membuktikan isu perbincangan tentang mustahaknya satu-satu kisah di sudut ibrah kepada manusia. Maka kalimah ayat : (Surah :12 :Yusuf :111 ) dari pangkal ayat (bertanda :110)hingga ke hujungkalimah ayat bertanda:Thaa diambil sebagai dalil naqli bagi menegakkan hujah. Lantaran makna kalimah ayatnya telah pun berjayaberdiri dengan makna mubalaghahnya tersendiri.

Surah Yusuf - سورة يوسف

[12:111] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
(Yusuf 12:111) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Lihatlah kalimah ayatnya :




Demikianlah anak cucu cara dalil naqli dari ayat-ayat Al Quran dipetik di tahap ini bagi membuktikan hujah isu perbincangan adanya.

Sebagai Contoh Lagi :

Bagi membuktikan mustahaknya sifat taqwa dalam memacu tertumbuhnya jalan rezeki kepada manusia. Maka kalimah ayat : ( Surah :65 :At Talaaq :2 ) dari pangkalayat (bertanda :Jim) hingga ke hujung ayat (bertanda: Angka:2) di ambil sebagai dalil.

Surah At-Talaaq - سورة الطلاق

[65:2] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 

A002
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(At-Talaaq 65:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Lantaran makna ayat ini telah pun berupaya berdiri dengan makna mubalaghahnya tersendiri. Meskipun di pangkalayatnya, (Surah :65 : Al Talaaq:2). Ayatnya membincangkan soal lain. Yakni soal berceraidan talaq.

Lihatlah kalimah ayatnya :




Demikianlah anak cucu canggihnya Al Quran di maknanya yang berlapis pada pandangan di sisi Ulul Albab. Maka sebeginilah pula caranya dalil-dalil naqli dari ayat-ayatAl Quran dipetik bagi membuktikan hujah isu satu-satu perbincangan adanya.

Tiga:

Kaedah Ketiga :

Bagi kaedah ini, ayat-ayat bukti bagi penghujahan pada satu-satu isu perbincangan boleh dipetik dari ayat pada pangkal kalimah ayat yang bertanda :Thaa (Mad-tabi‟i) sehingga ke kalimah ayatnya yang bertanda : Jim (Mad-Jais) atau sebaliknya. Di suasanakedudukan ayat yangdipetik pada kaedah di tahap ini telah pun berupayaberdiri dengan makna dan natijahnyatersendiri.

Sebagai Contoh :

Misalnya, bagi membuktikan hujah isu perbincangan tentang orang yang buta dalam melihat kewujudan furqan pada satu-satu bashaair (punca semula jadi) akan mengakibatkan kemunduran pada dirinya. Maka kalimah ayat : (Surah :6 :Al An‟aam :104 ) dari pangkal ayat (bertanda :Thaa) hingga ke hujung kalimah ayat  (bertanda:Jim) bolehlah diambilsebagai dalil naqlil.

Surah Al-An'aam - سورة الأنعام

[6:104] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A104
(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
(Al-An'aam 6:104) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Lantaran makna  kalimah ayat  ini telah  pun berupaya berdiri dengan maknanya tersendiri.

Lihatlah kalimah ayatnya :




Maka demikianlah anak cucu cara dalil naqli dari ayat- ayat Al Quran dipetik di peringkat bagi membuktikan hujah isu satu-satu perbincangan adanya.

Lima:

Kaedah Kelima :

Bagi kaedah ini, ayat-ayat bukti penghujahan pada satu- satu isu perbincangan dipetik dari kalimah ayat dari pangkal kalimah ayat bertanda : Thaa (Mad-tabi‟i) sehingga ke kalimah ayatnya bertanda :Thaa (Mad-tabi‟i) atau dipetik dari kalimah ayat dari pangkalkalimah ayat bertanda :Jim (Mad-Jais) sehingga ke kalimah ayatnya bertanda :Jim (Mad-Jais). Di makna Jim ke Jim atau Thaa ke Thaa.

Sebagai Contoh :

Bagi membuktikan orang yang paling muliadi sisi Tuhan adalah orang Taqwa. Maka kalimah ayat : ( Surah :49 :Al Hujuraat :13 ) dari pangkal ayat (bertanda :Jim) hingga ke hujung kalimah ayat (bertanda :Jim) diambil sebagai dalil. Lantaran makna ayat ini telah pun berupaya berdiri dengan maknanya tersendiri.

Surah Al-Hujuraat - سورة الحجرات

[49:13] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 



A013
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Lihatlah kalimah ayatnya :



Demikianlah anak cucu cara dalil naqli dari ayat-ayat Al Quran dipetik bagi membuktikan hujah isu perbincangan adanya.

Sebagai contohnya lagi

Misalnya bagi membuktikanIslam telah disempurnakan oleh Allah Ta‟ala sebagai agama di sisiNya.Maka kalimah ayat :  (Surah :5 :Al Maidah :3)  dari  pangkal   ayat (bertanda :Jim)   hingga   ke   hujung   kalimah    ayat (bertanda :Jim) diambil sebagai dalil. 

Surah Al-Maaidah - سورة المائدة

[5:3] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 



A003
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Lantaran makna ayat ini telah pun berupaya berdiri dengan maknanya tersendiri. Meskipun pada awalan ayat : 3 : Al Maidah itu membincangkan perkara yang lain.

Lihatlah kalimah ayatnya :



Demikianlah cara dalil naqli dipetik dari ayat-ayat Al Quran dalam menyempurnakan hujah pentafsiran yang tertulis di dalam catitan ini bagi memenuhi konsep Al Quran mentafsir Al Quran adanya.

Nota: Dalam memahami soal di atas. Anak cucu hendaklah memberi perhatian khusus kepada dua (2) perkara :

Pertama : Konsep ini dibuatbertujuan bagi membolehkan anak cucu mengetahui cara dan kaedah memetik ayat dalil-dalil Naqli yangtertulis atau yang tersirat di dalam Al Quran. Satu cara bagi mempermudahkan kaedah mencari dalil. Satu cara yang teramat mudah tetapi tidak diterangkan oleh para penulis buku-buku agama dan penulispenterjemah Al Quran.

Kedua : Di sini, anak cucu diajak untuk memahami kaedah dan istilah : Ilmu Tajwid. Yakni Ilmu cara membaca Al Quran mengikut tujuan dan maksudnya. Di mana ianya bolehlah dibahagikan pada tiga (3):

Satu : Anak cucu hendaklah memahami konsep ilmu tajwid di peringkat ilmu Tajwid di maqam : Warattilil Quraan. (Membaca Al Quran). Yakni ilmu maklumat peraturan membaca Al Quran secara tertib bacaannya berdasarkan kaedahnya. Di mana pada peringkat ini pembelajarannya ditumpukan kepada aturan cara membaca.

Maka di situ nanti terdapatnya istilah wakaf. Adanya istilah wasal serta tidak kurang jua diperbincangkannya soal Mad tabii, Mad Jais dan Mad Silah serta lain-lain hal yang berkaitan dengannya.

DuaAnak cucu hendaklah memahami ilmu tajwid di peringkat ilmu MantiqTajwid di maqam : Iqra ul Quraan. (Mengiqrakkan Al Quran). Yakni satu ilmu yang memberi penekanan tentang  cara dan peraturan memetik ayat-ayat Al Quran di rupa menjadikanya sebagai dalil Qata‟i atau dalil Naqli dalam menegakkan satu-satu hujah pada satu-satu isu perbincangan Al Quran atau perbincangan yang berkaitandengannya.

Tiga : Anak cucu hendaklahmemahami ilmu tajwid di peringkat ilmu MantiqTajwid As Sultan dimaqam : Iqra‟ Quwwatal Quraan (Membaca bagi menzahirkan kekuatan hikmah Al Quran).Satu ilmu yang memberi penekanantentang cara mengolah nada suara bacaan ayat-ayat Al Quran mengikut tujuan matlamat kegunaannya agar kemujarabannya terzahir dari hikmah kekuatan Al Quran.

Misalnya ayat-ayat Quran yang hendak dijadikan ubat atau penawar satu-satu penyakit. Bacaannya hendaklah dibaca begini.Sebaliknya ayat-ayat Al Quran yang hendak di gunakan sebagai ayat pelindung. Maka ianya hendaklah dibaca dengan olahan suara bacaan diolahan suara yang tersendiri berdasar kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jika tidak kemujarabannya tidak menjadi. Maka untuk ini eloklah anak cucu bawa hal ini bertanya kepada mursyid yang mengetahui rahsianya.






Comments

Popular Posts