Muqaddimah


Perhatikanlah keluhan Junjungan bimbang akan sikap umatnya

Surah Al-Furqaan - سورة الفرقان

[25:30] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 
A030
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
(Al-Furqaan 25:30) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark


Surah 25: Al Furqan:30

Anak Cucuku,
Pecahkanlah Ruyung Dilema Al Quran. Bukakanlah Kunci Hati Kamu.

Dan Lihatlah Khazanah Furqan Padanya.

......................

Surah Muhammad - سورة محمد

[47:24] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah] 


A024
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
(Muhammad 47:24) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark


Muqaddimah

Binuuri wajhillaahil‘aziim. Bismillaahir rahmaanir rahiim. Allaahummaj ‘alni bisultaanil ‘aziim. Warahmatullil ‘aalamiin. Wabaraktu fiisya’in ‘aziim. Wabaraktu fiisya’in kun fayakuun. Allaahumma yaasiin. Walhamdulillaahi Rabbil ‘aalamin.

Dengan cahaya wajah Allah yang Maha agung. Tuhan yang mengajar manusia dari sisiNya ilmu dan hikmah. Maka segala puji bagiNya yang telah menurunkan Al Quran kepada kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w, Rasul dan Penghulu segala Nabi serta selawat dan salam kepadanya di atas kesungguhannya menyinarkan cahaya kebenaran TuhanNya sebagai rahmat sekalian alam.

Di sini. awal-awal lagi Pengarang bermohon petunjuk dariTuhan di atas satu kesedaran yang teramatmendalam bahawa diri masihbersifat kekurangan dalam segala-gala hal. Malah ilmu yang tersemat di dada jauh dari mencukupi untuk mencungkil dan mengharungi khazanah lautan ilmu Tuhan yang teramat tinggi, luas lagi mendalam. Namun demikian di atas keinsafan terwujudnya ruang dan ketandusan ulasan terhadap Al Quran.Maka biarlah diri yang kerdil ini memberanikan diri dan memulakannya di suasanabagai tertumbuhnya akarsementara di legar ketandusan rotan cendekiawan yang lebihberupaya lagi berwibawa untuk membawa kepada kamu bingkisan huraian Al Quran di rupa yang lebih tepat, padat dan mendalam di gambaran terhemburnya kegemilangan rahsia agung ilmu Al Quran ke semerata alam.

Justeru itu, wahai anak cucu. Di sini dipersembahkan sedikit halwa catitan persendirian. Semoga ianya bermunafaat kepada kamu dan menceriakan kamu dalam melihat halaman Al Quran yang kini masih  berkedudukan  bagai sebiji limau yang tidakdikupas, dipegang dan disayangidengan isi manis dan lemaknyaternafi untuk berwajahhidangan. Satu dilema di fenomena yang perlu dipecah dan dirombak agar kemanisan Al Quran dapat bertapakdi lidah masyarakat yang selama ini ketagih untuk mengupasnya danmenikmatinya.

Lantaran itu. Jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan di dalam catitan ini. Maka itu adalah kekurangan dan kelemahanPengarang yang perlu dimutalaahkan dengan para cendekiawan dan para ilmuan sejagatdan berbincanglah dengan mereka. Mudah-mudahan di atas kesudianmereka melihat catitan ini akan membuahkan idea dan langkah untuk mentafsirkan Al Quran secara yang lebih tersusunberasaskan disiplin pendidikandanpembelajaran formal adanya.

Maka untuk sementara waktu. Terimalah dengan apa yang ada. SementaraTuhan mendatangkan kepada kamu seseorang cendekiawan yang benar-benar berani lagi berwibawa yang akanmemecahkan ruyung ketandusan huraian Al Quran, agar dilema yang terwujudselama ini dapat dilerai dengan keupayaan terhemburnya akliah keilmuan cendekiawan sejagat. Maka dalam kesempatan ini, marilah sama-sama kitaberdoa: Wahai Tuhan Ku. Tunjukkanlah daku barangyang benar. Tunjuklahdaku jalan Mu yang sebenar. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang menghidayatkan manusia  ke jalan  Mu. Maka  jadikanlah kami  di  kalangan manusia yang diredhai Engkau. Amin Ya Rabbal „alamina Al Fatihah.


Salam sejahtera dan selamat bermutelaah.





Comments

Popular Posts