Tajuk Penulisan Konsep, Tujuan dan Matlamatnya
Tajuk Penulisan Konsep, Tujuan dan Matlamatnya
Di sepanjang penulisan ini dibuat, terdapat banyak pihak bertanya Pengarang, kenapa perkataan Al Fathun Nawa dipilih menjadi tajuk penulisan ini. Sesungguhnya keputusan ini dibuat berdasarkan kepada ruhul ma‟ani perkataanAl Fathun Nawa yang boleh dimubalaghahkan pada erti Cetusan Nuklear (Explosion of Nuclear). Di suasana ianya benar-benar teramat relevan dengan Al Quran sebagaipunca rahmat sekalian alam, terutama di kala Al Quran yang bersifat Ummul Kitab yang kemudian diwajahkan pula dengan nama Al Furqan dilihat di sudut keupayaan dan kekuatannya di dalam mengarca, merubah dan merencanaerti manusia dan kemanusiaan di sektor kehidupan, ketuhanan, kerasulan, kemasyarakatan, ekonomi, sains dan teknologi, demi kemajuan dan tamaddun dunia di rupa manusia Khalifah Allah Di Muka Bumi yang bertuhan lagi maju di sudut duniawidan akhrawi.
Di hakikat ruhul ma‟ani Firman Allah Ta‟ala:
Di hakikat ruhul ma‟ani Firman Allah Ta‟ala:
Surah Al-Hasy-r - سورة الحشر
[59:21] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(Al-Hasy-r 59:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkPenulisan ini dibuat berasaskan kepada Sepuluh (10) tujuan dan matlamat utama:
Pertama: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan penghuraian baru terhadap ayat-ayatAl Quran di wajah contemporary dan comprehensive yang relevan untuk diexportke pasaran intelektual dunia (world intelectual market). Satu bentuk pentafsiran yang boleh diterima pakai oleh style pemikiran terbuka keilmuan manusia yang tidak tertakluk dengan sebarang doktrin asal yang berwajah moulding views yang tidak berupaya dikembangkan mengikut daya keupayaan berilmunya akliah manusia serasi dengan perkembangan sejagat lagi menjemukan. Satu pattern hidangan pentafsiran baru di wajah mata melihatAl Quran dan Al Furqan benar-benar berupa ummul kitab. Ibu segala ilmu. Ibu segalakemajuan. Rahmat kepada sekalian alam.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Catitan: Ingatlah anak cucu.
Percayalah selagi mata dan pemikiran masih bertaut dengan prinsip warga belantara yang melihat pokok di erti pokok. Rotan di ertirotan.Maka selama itulah khazanahrahsia furqan hutan (the soul invention of jungle)tidakakanterwujud. Maka demikianlah khazanah hutan yang bernama Al Quran tidak akanmelahirkan rupa furqan kemajuan jika mata pentafsiran masih tertaut dengan cara dan pendekatan lama di wajah balik bahasa tanpa penonjolan mantiq furqannya diserlah ke mukadunia.
Sesungguhnya sikap memberanikan diri mengubah pattern pendekatan yang adakepada satu pattern pendekatan baru perlu dilakukan. Meski pun keheningan environment di hutan terpaksadibisingkan dengan gergaji baru yang akan menggerak-kejut penghuni rimba. Satu rupa gerak kerja mata gergaji yang seharusnya dizahirkan oleh para intelektual disemua bidang sehingga rupa tamsiliah papan, meja dan almari terzahir dari lubuk akliahkeilmuan yang dituntut selama. Satu tuntutan perubahan baru yang mungkinmengejutkan penghuni rimba di awalnya tetapi akan menzahirkan rupa yang akan diterimakemudiannya. Satu keberanian di atas dasar kesedaran di hakikat tidak ada orang lain yangakanmerubah keadaan kecuali diri sendiri. Renung-renunglah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Barangelok dan barangberharga. Jika payahdiambil banyak ditinggalkan. Di hakikat kuning emas dan berharganya emas tidak akan dipandang oleh ayam. Jika kuning emas payah dipagut dan kuning emas payah dimakan. Demikian terjadinya pada Al Quran danpentafsiran Al Quran. Di hakikatmanusia akanterhilang minat untuk melihat Al Quran. Jika Al Quran payah untuk difahami dan manusia juga akan terhilang minat. Jika Al Quran gagal diwajahkan sebagai makanan insan yang lazat lagi diperlukan. Maka inilah dilema yang perlu dileraikan dengan pihak cendekiawan sejagat hendaklah bertindak mencari jalan mempermudahkan manusia dalam memahami Al Quran. Terutama di sudut penterjemahandengan menggunakan bahasa yang mudah, moden, tepat dan teratur.Kaji-kajilah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Catitan: Ingatlah anak cucu.
Jika batang kayu dilihat sekadar batang kayu. Maka taraf mata akan bersifat buta. Nilai pandangan tidak akan kemana. Di hakikat jikamatadiasuh sekadar mengenalbuah, batang, dahan dan daun. Maka nilai mata tidak ubah bagai nilai mata warga di belantara.
Justeru itu mata kenalahdiasuh agar mata berjaya melihat furqan di wajah papan di batang. Melihat furqan ubat di daun dan melihat furqan makanan di buah. Barulah mata menjadibijak. Mata hati menjadi celik di rupa penglihatan di taraf sebenar-benar seorang manusia.
Oleh itu demi faedah bangsa dalam mengejar kemajuan kehidupan. Maka para cerdik pandai bangsa hendaklah menyediakan kaedah melihat dan cara melihat dengan pendekatan baru kepada bangsanya agar mata bangsanya berjaya membawa diri masing-masing ketahap terlihatnya erti papan dalam sebatang balak.
Demikianlah dengan Al Quran. Satu kaedah dan pendekatan baru pentafsiran AlQuran hendaklah dibuat, agar dilema telatah warga belantara tidak terus terpacak tegak di ruang pemikiran masyarakat di sudut melihat Al Quran dan mentafsir Al Quran di rupa kitabyang bernama Al Furqan. Di suasana sikap lama yang diasuh semacam tidak boleh diubah buat selama-lamanya. Kaji-kajilah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Kelima: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan penghuraian baru terhadap ayat-ayat Al Quran di wajah cetusan pendekatan pentafsiran dan penghuraian mengikut huraian pada kaca mata ilmu di semua bidang ilmu pengetahuan yang ada di dunia selari dengan matlamat kewujudan Al Quran sebagai punca petunjuk dan rahmat kepada manusia.
Keenam: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan penghuraian baru terhadap ayat-ayat Al Qurandi wajah cetusankreativiti huraiandan penerokaan mencari gali furqan Al Quran dan furqan kejadian Tuhan oleh semua bidang ilmu berasaskan maklumat dan penemuan huraian terhadap ayat-ayat Al Quran.
Ketujuh: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan penghuraian baru terhadap ayat-ayatAl Quran di wajah cetusan terhasildan terzahirnya rupa satu-satu teori atau satu-satu formula keilmuan yang boleh diguna pakai oleh bidang-bidang keilmuan. Demi memartabatkan taraf keilmuan manusia dan mempertingkatkan nilai dan rupa tamaddun manusia dan kemanusiaan sejagat.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Catitan: Ingatlah anak cucu.
Bahawasanya ilmu itu alat penerokaan. Sikap inovasi dan inovatif dari buah ilmu hanya akanterlahir apabila barang furqan yang tidak pernahterwujud di dunia dizahirkan. Seumpama terlahirnya kapal terbang di tengah-tengah ilmu manusia beranggapan mustahilnya besi berupaya melayang. Maka di tengah-tengahkemustahilan inilah anak cucu, terlahirnya satu furqan kenderaan yang mengajibkan.
Demikianlah jua dengan kisah teori dan formula Al Quran yang kini dizahirkan. Satu kisah penerokaan ilmu yang tidak pernah dizahirkan selama ini. Tetapi kini dibentangkan di tengah-tengah jelapang doktrin keilmuan manusia dengan tetap meragui keupayaan kezahirannya. Di suasana mulut cendekiawan keliling beralasan seribu. Berpakat memejam mata. Meskipun bukti profesional ternyata di hadapannya.
Maka inilah dilema pengaruhNila di dalam Belanga yang akan membuatSusu hanyut terhilang nilai dan terhakisnya warna. Satu sejarah hitam dalam penerokaan ilmu apabila pengiktirafan yang diberi pada awalnya ditarik balik. Justeru kononnya di pihakramaimeragui kebenaran yang telah disahkankesahihannya oleh badan authoriti profesional sendiri. Dan sesungguhnnya ingatlah mataduniaakan terus membuktikannya di wajah Al Quran itu Ummul Kitab yang tiada keraguan terhadap kedalaman dan kejituan ilmu dan hikmahnya. Renung-renunglah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Kedelapan: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan huraian baru terhadap ayat-ayat Al Quran di wajah akan tertumbuhnya rasa dan perasaan tingginya status keagungan khaliq yakni Tuhan semesta alam dalam mengarcakan khalaqNya serta terlihat padanya seni dan tingginya mutu furqan yang terwujud pada setiap kejadianNya di suasana banyaknya lagi furqan yang perlu diterokai oleh hambaNya dengan membuat mata dan hati hambaNya pula benar-benar terasa akan keagungan Tuhannya dengan hati khusyu‟, tawadho‟ dan takut kepada Tuhannya.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Catitan: Ingatlah anak cucu.
Kebesaran Tuhan mudah terlihat apabila terlahirnya rupa furqan. Seni dan kesenian furqan yang tersimpan di dalam Al Quran dan barangkejadian Tuhan akan memudahkan hatimelihat keagungan Tuhan. Keanehan yang tertimbul dari keajibannya akan mengasuh hati tunduk kepada keagungan terutama apabila furqan yang ditemui menzahirkan faedah dankemajuan.
Justeru itu iqrakkanlah Al Quran. Galikanlah Al Quran. Meskipunkaedah dan pendekatan menggalinya akan menyentuh hati dan kebolehan kumpulan kera yang hanya tahumembaca belantara di erti hutan, pokok dandahantanpa berminat ianya untuk menggali dan mencari makna furqan yang bernama sekeping papan di tengah-tengah bentangan belantara yang bernama hutan. Renung- renunglah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Kesembilan: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan huraian baru terhadap ayat-ayat Al Quran di wajah cetusanbukti bagi membuktikan kebenaran dakwaan para pendakwahIslam yang mendakwah kata: ”Semuanya ada dalam Al Quran. Semuanya terhasil dari Al Quran.” Sedangkan kata- kata perangsangsedemikian itu tidak pernah dibuktikan secara khusus dan dibuat secara berkesanoleh keupayaan umat Islam selama ini. Moga-moga langkah yang dibuat bermunafaat adanya.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Catitan: Ingatlah anak cucu.
Dunia kini dunia bukti. Dunia ilmu dan dunia penyelidikan. Di hakikat kelebihan yang dikata tanpa bukti akan membuat lidah menjadi hampa. Di suasana geliga yang dicanang tidak berharga dengan tubuh bersuara lantang. Bagai suara lautan. Di suasana berbuih sayup mata memandang. Tetapi sayang, sebuku garam pun tidak pernah menjadi. Demikianlahberombaknya suara tubuh-tubuh berilmu buih di wajah ternafinya garam di lautan Al Quranpegangan sendiri.
Oleh itu wahai anak cucu buangkanlah taraf mulut ‟hear-say‟ di persimpangan berilmu sedap pada kata dengan mendedah pekong kejahilan di dada. Satu dilemaberilmu di suasana jahil dengan erti berilmu.Kosong dan hampa. Renung-renunglah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Kesepuluh: Merangka dan membentuk satu pattern pentafsiran dan penghuraian baru terhadapyat-ayat Al Quran yang boleh dijadikan asas spark pemikiran dan flash akliah yang berupaya menzahirkan hint galakan kepada para intelektual di semua bidang ilmu agar memberanikan diri masing-masing untuk mentafsirkan Al Quran mengikutbidang ilmu masing- masing.
Sifat penakut dan menjahilkan diri dengan keupayaan ilmu sendiri di kedudukan merelakan diri melihat batang balak di rupa batangbalak terus menyembah bumi di rupa yang tidak berubah akan membuat dilema penggalian AlQuran terus terbantut. Di suasana pembaziran kebolehan akan meletakkan ilmu yang ada sebagaihiasan keris pengantin yang terjahil menguasai gelanggang alam.
Satulangkah memberanikan diri menghurai dilema kekurangan tokoh pentafsiran Al Quran. Satu langkah yang akan menghurai kejahilandi satu bidang boleh dipelajari. Di hakikat barang di udara (on the air) selama ini boleh pun dicari oleh kepakaran diri. Apatah lagi Al Quran yang telah berada selama ini di genggaman jari. Satu semangat perubahan. Satu sikap dan satu pendekatan yang perlu dileraikan. Di hakikat membiarkan warga belantara menguasaihutan dengan kesimpulan petua yang dipegang pasti langit tidak akan menurunkan hujan dan batu batan tidak akan terpancar cahaya permata.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Pesan PelitaPendita.
Ingatlah anak cucu.
Ilmu itu bagai pelita. Ilmu itu matahari. Di hakikat matahari tetap menyuluh cahayanya meskipun tidak semua pelosok muka bumi dapat menerima cahayanya dalam satu masa.
Matahari tetap menyuluh dunia dengan satu kesedaran bahawa dunia tetap berpusing menerusi obit fitrahnya. Di hakikat seluruh pelosok dunia akan menerima cahayanya apabila sampai musimnya. Maka begitulah anak cucu dengan pendapat dan pemikiran baru.
Justeru itu.
Matahari tidak perlu gusar. Jika lubang-lubang gua ketawa dan menafikan kewujudan cahaya dan matahari di alam semesta.
Matahari tidak perlu gusar. Jika diperli dan dipersendakan oleh lubang-lubang gua yang berbangga kerana cahaya tidak dapat menembusinya. Di hakikat yang buta itu tetap buta, meskipun matahari di depannya. (Surah:36: Yasiin:10).
Demikianlah kedegilan membuat Abu Lahab dan isterinya mati di lubang galian tangannya sendiri. Satu kematian yang dicatat oleh Al Quran. (Surah:111: Al Lahab:1-5). Satu amaran dan satu sempadan yang teramat keji diabadikan. Kaji-kajilah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Catitan:
Ingatlah anak cucu, bahawa satu-satu pembaharuan tidak akan berlaku dan terzahir di muka masyarakat. Jika tekad keberanian paracendikiawan tidak tertumbuh pada dirinyadanmasyarakatnya. Dimakna beras segenggam tidak akan berubah menjadi nasi. Jika api takut dinyalakan. Maka demikianlah dengan pembaharuan akliah keilmuan dan furqan tidak akan terzahir. Jika sifat api keberanian dijiwa- jiwa berilmu tidak dilunaskan di rupa penulisan para cendikiawan.
Namun begitu, sayugia diingatkan. bahawa pada setiap suatu yang dikatakan pembaharuan yang benar-benar berwajah pembaharuan pasti akan ditentang, diterajang dan diperlekehkan oleh golongancendikiawan bangsawan. Di hakikat banyak kebenaran dan kebuktian kebenaran yang diperkenalkan dahulu telah menjadi mangsa fitnah golongan cerdik bangsawan. Seumpama kepintaran dan habuan kecerdikan Hang Nadin dikisah Singapura dilanggar Todak berakhir dengan kecerdikan dan kepintaran fikirannya kepada negerinya membawa padah kepadanya.
Maka apakah tabiat pemikiran dankerjakeji kejahatan seumpama itu masih tetapdiwarisi oleh golongan cendikiawan bangsawan di zaman baru di musim kebangkitan zaman penggalian furqan Al Quran. Fikir-fikirlah.
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Key Words:
Tuhan . Quran . Furqan . Manusia. Kemanusiaan

Comments
Post a Comment